Translate

30 March 2021

Letak Jawatan: Sebahagian Menteri, Timbalan Menteri UMNO Bertemu PM?


Letak jawatan: Sebahagian Menteri, Timbalan Menteri UMNO bertemu PM?


Astro Awani
29/3/2021

KUALA LUMPUR: Menteri-menteri UMNO dijangka mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini susulan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) untuk menarik sokongan daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada bila-bila masa.

Sumber mengesahkan pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, memetik laporan Bernama.

“Ya, ada pertemuan hari (petang) ini,” kata sumber dengan syarat tidak dinamakan.

Seorang lagi pegawai di pejabat seorang menteri UMNO juga mengesahkan pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan mengenai agenda pertemuan itu dan dipercayai ada kaitan dengan keputusan UMNO semalam.

Dalam pada itu, beberapa kenderaan yang membawa menteri-menteri berkenaan dilihat meninggalkan Pejabat Perdana Menteri kira-kira jam 6.45 petang tadi.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang reaksi daripada mereka gagal apabila kenderaan-kenderaan berkenaan tidak berhenti di hadapan pintu pgar

Antara yang dikenal pasti hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli).

Datuk Noraini Ahmad (Menteri Pengajian Tinggi), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Luar Negeri).

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan penggulungannya sempena PAU 2020 menyuarakan hasrat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang telah menerima mandat untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi kesemua pemegang jawatan utama dalam Kerajaan dari UMNO untuk melepaskan kedudukan mereka.

Jelasnya, mandat itu akan digunakan bagi memastikan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Muhyiddin membubarkan Parlimen mengikut tarikh yang sesuai.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED