Translate

30 March 2021

Rentas Negeri Belum Dibenarkan - Ismail Sabri

PKPB & PKPP | 6 Negeri Kekal PKPB, 10 Negeri Kekal PKPP

Rentas negeri belum dibenarkan - Ismail Sabri

Astro Awani
30/3/2021

KUALA LUMPUR: Biarpun angka jangkitan COVID-19 harian menunjukkan trend penurunan di seluruh negara, namun aktiviti rentas negeri masih belum dibenarkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana beberapa negeri masih mencatatkan trend jangkitan yang tidak stabil.

Justeru, status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikekalkan di enam buah negeri dan Wilayah Persekutuan, manakala Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di 10 buah negeri dan wilayah juga tidak berubah.

"Prosedur operasi standard (SOP) untuk PKPB dan PKPP adalah sama seperti sebelum ini.

"Aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan. Rentas negeri dari negeri PKPB ke negeri PKPP hanya menerusi green travel bubble menggunakan ejen pelancongan berdaftar," katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Negeri dan Wilayah Persekutuan di bawah PKPB ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Manakala negeri di bawah PKPP ialah Perlis, Kedah (kecuali Kuala Muda), Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan (kecuali Seremban), Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Status PKPB dan PKPP yang diperbaharui ini akan bermula 1 hingga 14 April ini kecuali Sarawak yang akan bermula hari ini sehingga 12 April.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED