Translate

31 March 2021

BERSATU Dan PAS Sepakat Bersama Perikatan Nasional Hadapi PRU15

Bersatu, Pas sepakat bersama Perikatan Nasional hadapi PRU15

Astro Awani
31/3/2021

KUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas sepakat untuk terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kedua-dua parti itu menegaskan, mereka juga menolak sebarang bentuk 'penjajaran baharu' untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15 terutamanya melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

Bersatu dan Pas juga akan menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti untuk menghadapi PRU15 termasuk rundingan pengagihan kerusi.

PAU2020 | UMNO tegas tidak akan perjudi kerusi kepada pihak lain

“Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti-parti komponen.

“Bersatu dan Pas sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendokong konsep tersebut.

“Ia sekali gus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan PN yang dibina secara bersama,” kata kedua-dua parti berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kenyataan yang ditandatangani bersama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan itu berkata, keputusan tersebut dicapai selepas kepimpinan tertinggi kedua-dua parti mengadakan pertemuan pada Selasa.

Politik | Pas Kelantan hormati keputusan UMNO putus Bersatu

Pertemuan itu melibatkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Bersatu dan Pas menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati untuk bersama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” ujar kenyataan itu lagi.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 10 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 1 hr 22 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 4 hrs 22 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 4 hrs 57 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'KEBAKARAN SALURAN PAIP GAS 5 HERO PAKISTAN TERIMA ' 5 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 6 hrs 18 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Malaysia, Indonesia lega AS turunkan tarif - Tengk' 6 hrs 32 mins ago
A visitor from Tokyo viewed 'Petaling street stripper from Sabah arrested. Woma' 7 hrs 19 mins ago