Translate

31 March 2021

'Semua Menteri UMNO Kekal Dalam Kabinet' - PM

'Semua menteri UMNO kekal dalam kabinet' - PM

Berita RTM
31/3/2021

PUTRAJAYA, 31 Mac - Semua menteri daripada UMNO akan terus kekal berada dalam kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Demikian dinyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kesepakatan itu dicapai selepas pertemuan beliau dengan menteri-menteri daripada UMNO pada Isnin lalu yang meminta nasihat berhubung kedudukan mereka dalam kabinet kerajaan PN.

Keputusan terus kekal berada di dalam kabinet kerana mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

Pada masa ini, tumpuan utama kerajaan adalah untuk memerangi COVID-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.

Beberapa menteri daripada UMNO memegang portfolio penting yang berkaitan dengan fokus utama kerajaan pada masa ini.

Isnin lalu, menteri-menteri daripada UMNO mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri berikutan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu yang menerajui kerajaan Perikatan Nasional itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti yang menghadiri perhimpunan berkenaan.

Source: Berita RTM

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 56 mins ago
A visitor from Voronezh viewed 'Amanah Negeri Sembilan kekal pendirian tandin' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'KPM tegas tangani isu salah laku seksual dalam kal' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR BORONG SELAYANG DIGEMPUR LAGI DBKL DIBANTU I' 2 hrs 59 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Malaysia hantar 35 pegawai perubata' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - S' 3 hrs 54 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Vietnam's Sang-sik to lead ASEAN-All Stars against' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 4 hrs 48 mins ago