Translate

26 March 2021

Kenderaan Bertembung, Bayi Lelaki Empat Bulan Maut


Kenderaan bertembung, bayi lelaki empat bulan maut


Buletin INFO 1 Malaysia/Global
26/3/2021

PAPAR – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut selepas kereta dinaiki bersama tiga ahli keluarga lain terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 20 Jalan Papar – Beaufort tengah hari semalam.

Dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu, ibu bapa serta abang mangsa turut cedera dan semua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan sebuah pacuan empat roda dan kereta Perodua Myvi.

“Siasatan mendapati kereta pacuan empat roda dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dalam perjalanan dari arah Papar ke Membakut.

“Bagaimanapun, kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta Myvi dari arah Beaufort ke Papar dipandu lelaki tempatan berusia 30 tahun yang membawa isteri serta dua anak lelakinya masing-masing berusia lima tahun dan empat bulan sebaiknya tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat bayi itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tindakan lanjut manakala ahli keluarga lain dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Source: Buletin INFO 1 Malaysia/Global / Kosmo

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED