Translate

25 March 2021

Sindiket Tipu Fly by Night Yang memperdaya syarikat komputer Tumpas

 

Sindiket tipu Fly by Night tumpas
8
Harian Metro
25/3/2021

Polis menumpaskan sindiket penipuan Fly by Night yang memperdaya syarikat menjual peralatan komputer, barangan elektrik dan elektronik serta perisian komputer di tiga negeri dengan penahanan tujuh individu termasuk dalang warga Pakistan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yong Lei Choo berkata, sindiket berkenaan dikesan aktif memperdaya 12 syarikat di ibu negara, Selangor dan Pulau Pinang dengan membuat bayaran menggunakan cek tertunda (post dated) dalam tempoh dua minggu sebelum mangsa boleh menunaikannya.

Menurutnya, sindiket terbabit dipercayai menjual semua barangan berkenaan pada harga kira-kira 70 peratus lebih rendah daripada pasaran.

Katanya, pihak polis turut merampas pelbagai peralatan komputer, barang elektrik dan elektronik serta penemuan semula barangan dianggarkan bernilai RM500,000 termasuk wang tunai berjumlah RM121,420 dalam beberapa serbuan.

Beliau berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada Khamis.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED