Astro Awani
28/3/202
BENTONG: Ramalan perpecahan undi Melayu susulan krisis hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan membuka ruang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk kembali berkuasa.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perpecahan itu sememangnya dinantikan oleh Pakatan Harapan untuk mendapatkan sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Tambah Guan Eng, andai parti Melayu terbesar itu berpecah dan PH tetap bersatu, ini pastinya memberi peluang buat PH kembali ke Putrajaya.
"Sama ada mereka akrab atau tidak, sama ada akrab atau sebaliknya, sama ada mereka pecah atau sebaliknya, ini ialah masalah keluarga mereka.
"Kita (PH) kena bersatu, kalau kita terus bersatu saya rasa peluang Pakatan Harapan (kembali memerintah) masih ada," katanya selepas merasmikan Konvensyen Biasa Negeri DAP peringkat Pahang di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut mengenai slogan 'No DAP dan NO Anwar', Guan Eng berkata, ia bukanlah sesuatu mengejutkan kerana kini parti Bersatu pula dikritik malah terdapat segelintir pemimpin UMNO terang-terangan menolak parti pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.
"Sekarang tambah (satu lagi) No Bersatu. Ini yang sekarang dilihat mereka lebih menumpukan perhatian (kritik) Bersatu. Tengoklah dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU2020) kebanyakan masa sasarannya adalah parti Bersatu. Itu masalahkeluarga mereka, saya tidak mahu campur tangan," katanya lagi.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: