Translate

30 March 2021

DBKL Tutup Premis Urut (GAY)


DBKL Tutup Premis Urut (GAY)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
30/3/2021

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menerusi Jabatan Penguatkuasaan (JPK) telah melaksanakan Operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Urut (GAY) yang beroperasi tanpa lesen di Warisan City View, Cheras Kuala Lumpur pada petang Isnin, 29 Mac 2021.

Menerusi maklumat, siasatan dan risikan yang dijalankan, mendapati berlakunya aktiviti tidak bermoral (urutan GAY) di tingkat dua premis berkenaan melibatkan 8 buah bilik dijadikan tempat urut dan aktiviti seks sejenis. Hasil semakan juga mendapati premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah sebagai pusat urut daripada DBKL.

Serbuan yang dijalankan terhadap premis ini mendapati seramai 5 orang lelaki warga Vietnam, Syria dan Indonesia bertindak sebagai tukang urut. Manakala 2 orang warga Myanmar sebagai pelanggan dan 1 orang warga Indonesia sebagai penjaga premis di tahan dan diambil keterangan bagi proses dokumentasi DBKL.

Tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan 1 notis kompaun di bawah UUK 3(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian ( WPKL ) 2016 dan tindakan sita 25 pelbagai peralatan premis turut dilakukan (kondom, minyak pelincir dan lain-lain peralatan).

Tindakan menutup premis serta merta turut dilakukan ke atas premis tersebut menerusi Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tindakan ini dilakukan mengikut peruntukan undang-undang, bidang kuasa serta S.O.P DBKL.

Source: DBKL Facebook

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 8 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 24 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Ibu tunggal didakwa aniaya anak perempuan 11 tahun' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PBAPP gerakkan 80 lori, 182' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JKNP siasat aduan kelakuan tidak senonoh pegawai p' 45 mins ago