Translate

13 April 2025

Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - Shamsul Anuar



Taraf kewarganegaraan tidak diberi sewenangnya - Shamsul Anuar

Bernama

13/04/2025


Kerajaan tidak akan memberi taraf kewarganegaraan Malaysia kepada individu tertentu sewenang-wenangnya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah. - Gambar fail/BERNAMA


LAHAD DATU: Kerajaan tidak akan memberi taraf kewarganegaraan Malaysia kepada individu tertentu sewenang-wenangnya, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Menegaskan perkara itu beliau berkata taraf kewarganegaraan, merupakan anugerah tertinggi kerajaan yang diberikan kepada individu dan status itu hanya diberikan kepada yang layak, serta memenuhi syarat-syarat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Pemberian taraf kewarganegaraan itu memerlukan penyiasatan, penelitian sebelum individu yang layak itu dapat kita berikan dokumen yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri UMNO di sini hari ini.

Shamsul Anuar berkata Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaksanakan program menyemai kasih rakyat (Mekar), iaitu inisiatif kerajaan dalam menyantuni rakyat di kawasan pedalaman serta luar bandar untuk memberi kemudahan antaranya pendaftaran kelahiran termasuk kad pengenalan.

Beliau berkata program Mekar bertujuan untuk membantu proses membuat dokumen pengenalan diri tanpa perlu pergi ke pejabat JPN yang jauh daripada penduduk kampung.

"Pegawai JPN akan turun ke kawasan pedalaman dengan membawa kelengkapan untuk membantu rakyat dengan memberi khidmat nasihat termasuk menyelesaikan masalah berbangkit berkaitan dokumentasi," katanya.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tanggungjawab baik serta tersusun, dalam memastikan tahap keselamatan di Pantai Timur Sabah terkawal malah sejak 15 Jan 2020 hingga hari ini tiada kes penculikan berlaku.

Bagaimanapun beliau turut mengingatkan agar sentiasa berwaspada dan melaksanakan pelbagai operasi dengan kerjasama agensi keselamatan lain, antaranya Op Sanggah dan Op Gasak untuk mengesan pelbagai anasir, tali barut dan elemen jenayah rentas sempadan di kawasan terlibat.

Shamsul Anuar berkata sebanyak 1.3 juta pemeriksaan fizikal dijalankan, sama ada melalui sekatan jalan raya atau pemeriksaan bot dilakukan sepanjang tahun lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed '22 ahli sindiket tawaran kerja sambilan tak wujud ' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 1 hr 20 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 26 mins ago