Translate

13 April 2025

103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Chow Kit



103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Chow Kit

Bernama

13/04/2025


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 103 warga asing dalam operasi di Pasar Chow Kit pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 103 warga asing dalam operasi di Pasar Chow Kit di sini pagi tadi.

Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata dalam Op Kutip yang dijalankan sekitar 10 pagi itu, 136 warga asing diperiksa dan ditahan melibatkan 80 warga Indonesia, Bangladesh (13), Myanmar (lima), India (empat) dan seorang lelaki Yemen.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 80 lelaki dan 23 wanita berumur antara 21 hingga 58 tahun. Mereka dibawa ke JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi proses dokumentasi," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan termasuk tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan memasuki negara tanpa pas imigresen yang sah.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c)," katanya sambil menambah operasi dijalankan hasil risikan Bahagian Penguatkuasa Imigresen yang melibatkan 52 pegawai dan anggota.


-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Ismail Sabri leaves MACC building after 4 hours of' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Inquiry inquiry papers opened against police extor' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'TH receives 85,000 appeals, more than three times ' 28 mins ago
A visitor from Butterworth viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Policeman deaf bitten by Nigerian man | BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PM mahu bidang digital, AI dikuasai di peringkat s' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ringgit rendah berbanding dolar AS susulan meningk' 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 2 hrs 43 mins ago