Translate

13 April 2025

103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Chow Kit



103 warga asing ditahan dalam Op Kutip di Pasar Chow Kit

Bernama

13/04/2025


Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 103 warga asing dalam operasi di Pasar Chow Kit pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 103 warga asing dalam operasi di Pasar Chow Kit di sini pagi tadi.

Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata dalam Op Kutip yang dijalankan sekitar 10 pagi itu, 136 warga asing diperiksa dan ditahan melibatkan 80 warga Indonesia, Bangladesh (13), Myanmar (lima), India (empat) dan seorang lelaki Yemen.

"Kesemua yang ditahan terdiri daripada 80 lelaki dan 23 wanita berumur antara 21 hingga 58 tahun. Mereka dibawa ke JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta bagi proses dokumentasi," katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan termasuk tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan dan memasuki negara tanpa pas imigresen yang sah.

"Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c)," katanya sambil menambah operasi dijalankan hasil risikan Bahagian Penguatkuasa Imigresen yang melibatkan 52 pegawai dan anggota.


-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun ' 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pelakon Sivakumar Maut Terjatuh Bersama Ibu | BEST' 6 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'BEST FBKL' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Dalam Nahas Dua Kend' 3 hrs 11 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Agong zahir ucapan Selamat Hari TLDM ke-91 | BEST ' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sepak terajang sebelum final Piala Malaysia | BEST' 4 hrs 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'AKPS perlu masa penyesuaian untuk laksana fungsiny' 5 hrs 29 mins ago