Translate

04 April 2025

26 tahun PKR: Kerajaan Madani terus usaha bawa islah, perbaiki keadaan - Fahmi



26 tahun PKR: Kerajaan Madani terus usaha bawa islah, perbaiki keadaan - Fahmi

Bernama

04/04/2025


Sempena ulang tahun ke-26 PKR hari ini, Fahmi mengucapkan tahniah kepada semua anggota, pimpinan serta penyokong parti dari seluruh negara. - Foto FB Fahmi Fadzil


KUALA LUMPUR: PKR bersama rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Harapan, dan Kerajaan Madani akan terus berusaha membawa islah serta memperbaiki keadaan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berharap agar parti itu dan Kerajaan Madani kekal utuh dan teguh dalam membina masa depan yang lebih baik untuk bangsa dan negara.

Sempena ulang tahun ke-26 PKR hari ini, Fahmi mengucapkan tahniah kepada semua anggota, pimpinan serta penyokong parti dari seluruh negara atas kesabaran, ketabahan, idealisme yang tidak luntur, dan kesetiaan dalam perjuangan.

"Hari bersejarah ini menyaksikan 26 tahun lahirnya sebuah parti PKR yang membawa obor reformasi, mengangkat martabat rakyat, dan membina sebuah negara yang lebih baik dan adil untuk semua.

"Dari jalan raya, melalui pilihan raya, hinggalah ke Putrajaya, PKR bersama rakan-rakan seperjuangan di dalam Pakatan Harapan dan kini Kerajaan Madani, akan terus berusaha membawa islah dan memperbaiki keadaan," katanya menerusi catatan di Facebook.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 36 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Ber' 42 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Ugut Bapa Tiri | Anak lelaki pengasas Dnars dilepa' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'A Sessions Court judge and a deputy public prosecu' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada bukti penglibatan bekas pakar patologi dengan ' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Tindakan lanjut sele' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Chandubatla viewed 'Property tycoon Ong Beng Seng allowed to leave Sin' 2 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 2 hrs 32 mins ago