Translate

24 March 2025

Tekanan hutang dorong lelaki samun kedai emas - Polis



Tekanan hutang dorong lelaki samun kedai emas - Polis

Bernama

24/03/2025


Hussein (foto) berkata hasil soal siasat terhadap lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai polis bantuan di sebuah syarikat utiliti di negeri ini mendapati dia mempunyai hutang hampir RM20,000 yang perlu dilunaskan. -Gambar fail/Bernama


SHAH ALAM: Tekanan hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki nekad menyamun kedai emas menggunakan senjata api di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Sabtu lepas.

Tekanan hutang hampir RM20,000 dipercayai menjadi punca seorang polis bantuan menyamun kedai emas di Kota Damansara.

Suspek menggunakan senjata dari tempat kerjanya untuk melakukan jenayah dan berjaya melarikan tujuh dulang barang kemas serta wang tunai.

Suspek ditangkap dalam tempoh 12 jam selepas kejadian dan kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata hasil soal siasat terhadap lelaki berusia 32 tahun itu yang bekerja sebagai polis bantuan di sebuah syarikat utiliti di negeri ini mendapati dia mempunyai hutang hampir RM20,000 yang perlu dilunaskan.

"Pada hari kejadian, suspek yang telah berkhidmat selama hampir lapan tahun dijadualkan bekerja pada waktu malam.

"Suspek yang mempunyai kata laluan dan akses telah bertindak mengeluarkan senjata dari tempat simpanan syarikat dia bekerja pada pagi hari kejadian.

"Suspek seterusnya menggunakan senjata itu untuk melakukan jenayah terbabit sebelum memulangkannya semula dan kita akan panggil penyelia serta rakan sekerjanya untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes ini," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan turut mendapati jenayah itu dilakukan seorang diri berdasarkan hasil rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan suspek membuat pemantauan pada tengah hari sebelum bertindak melakukan samun pada sebelah petang.

Hussein berkata dalam kejadian kira-kira 10 minit itu suspek telah bertindak mencekah senjata sebelum melarikan tujuh dulang berisi barang kemas dan wang tunai milik seorang pelanggan.

Beliau berkata suspek yang telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kejadian itu dipercayai merupakan jenayah pertama dilakukannya.

"Isteri suspek menetap di sebuah negeri di Pantai Timur dan kita percaya dia mungkin akan larikan diri ke sana. Ketika ditangkap, suspek sedang bersiap untuk bertugas syif malam.

"Polis berjaya menemukan antaranya 81 rantai emas, sekeping kad kuasa polis bantuan, satu beg galas, kunci rumah, beg silang, kunci kereta dan wang tunai RM1,800," katanya menambah lelaki itu kini direman hingga 29 Mac depan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Semalam, Hussein mengesahkan seorang lelaki yang merompak sebuah kedai emas di sebuah pasar raya di Kota Damansara, berjaya diberkas dalam tempoh 12 jam selepas kejadian.

Suspek dilaporkan melarikan tujuh dulang barang kemas yang dipamerkan sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta yang diletakkan di luar pasar raya dengan kerugian dianggarkan bernilai RM2 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 21 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 33 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Religious difference is not a barrier for familial' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from New york viewed 'Datin Seri Rosmah Mansor is a “long-standing” cust' 2 hrs 56 mins ago