Translate

24 March 2025

Letupan mercun: Pelajar hilang pergelangan tangan di Tanah Merah



Letupan mercun: Pelajar hilang pergelangan tangan di Tanah Merah

Bernama

24/03/2025


Mangsa serta dua rakannya dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Tanah Merah (gambar).


TANAH MERAH: Seorang pelajar, Afiq Amsyar Lamizul, 16, yang putus pergelangan tangan kiri akibat letupan mercun buatan sendiri dalam kejadian di asrama sebuah sekolah agama di Jeli semalam, selamat menjalani pembedahan di Hospital Tanah Merah (HTM) di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 4.40 petang itu, dua rakannya yang berusia 15 tahun turut cedera terkena serpihan botol dan kini menerima rawatan di HTM. Kesemua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke hospital itu sejak malam semalam.

Ibu kepada Afiq Amsyar, Rosidah Razali, 38, berkata anaknya telah menjalani pembedahan bagi membuang satu daripada jari yang didapati sudah mati selepas pergelangan tangan kirinya hancur akibat letupan mercun itu.







"Akibat kejadian itu, anak saya kehilangan pergelangan tangan kiri serta mengalami kecederaan di badan dan kedua-dua kaki akibat terkena letupan serta serpihan botol.

"Saya mengetahui kejadian ini apabila dihubungi oleh penyelia asrama lelaki pada petang semalam," katanya kepada pemberita di HTM di sini hari ini.

Rosidah berkata ketika menerima panggilan itu, dia dan suami berada di Kota Bharu atas urusan tertentu sebelum bergegas pulang untuk mengetahui keadaan anak mereka.

"Anak saya serta dua rakannya dibawa ke Hospital Jeli untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dipindahkan ke Hospital Tanah Merah pada 10 malam.

"Apabila tiba di Hospital Jeli, saya terkejut melihat tangan anak saya berbalut dan berlumuran darah. Ketika itu, dia sedang menangis kesakitan serta menyedari kehilangan pergelangan tangannya," katanya.

Rosidah berkata dia difahamkan anaknya telah membeli mercun bola di sebuah kedai di Ayer Lanas dan mengubah suainya dengan mengambil belerang sebelum mengisi bahan itu ke dalam botol.

Sementara itu, bapa kepada seorang lagi mangsa Mohd. Iman Baihaki, 15, Ibrahim Che Soh, 52, berkata anaknya hanya cedera di tangan dan badan akibat terkena serpihan botol yang mengandungi belerang yang meletup.

"Anak saya memaklumkan dia terkena serpihan botol yang tiba-tiba meletup. Saya kemudian bergegas ke asrama untuk melihat keadaannya. Saya bersyukur kerana kecederaan anak saya tidak serius," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Louisiana viewed 'Religious difference is not a barrier for familial' 4 mins ago
A visitor from New york viewed 'Datin Seri Rosmah Mansor is a “long-standing” cust' 17 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 26 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Rio Carnival Kicks Off in Brazi | BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 38 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'KL court official called back to court for trial |' 52 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'IGP orders Police Cyber Crime Unit to Investigate ' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak saman tiga pengasuh, pemilik taska RM1' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri | BEST F' 1 hr 9 mins ago