Translate

21 March 2025

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama

21/03/2025


Mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.4180/4220 berbanding dolar AS 4.4215/4270 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar faila/Bernama


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan sentimen yang lebih positif terhadap mata wang tempatan itu, kata seorang penganalisis.

Mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.4180/4220 berbanding dolar AS 4.4215/4270 ketika ditutup pada Khamis.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata ringgit dibuka rendah pagi ini pada 4.4245/4360 berbanding dolar AS, tetapi mengukuh sepanjang hari.

"Walaupun berlaku penurunan pada sesi awal berikutan pendirian Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang cenderung menurunkan kadar faedah, ringgit berjaya meraih mementum apabila perbendaharaan AS kekal stabil, tidak memberikan isyarat kuat untuk aliran modal yang boleh memberikan tekanan ke bawah.

"Mata wang Asia, termasuk ringgit, mencatatkan keuntungan singkat selepas FOMC menyatakan pendiriannya, walaupun reaksi itu tidak lama berikutan pasaran kekal berhati-hati menjelang perkembangan global utama," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata indeks harga pengguna (IHP) terkini menunjukkan kadar inflasi di Malaysia menyederhana kepada 1.5 peratus pada Februari selepas mencatatkan 1.7 peratus untuk dua bulan berturut-turut sebelum itu.

Bagaimanapun, kadar inflasi teras meningkat sehingga 1.9 peratus daripada 1.8 peratus sebelumnya.

"Ini menunjukkan BNM mungkin mahu mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) yang stabil kerana inflasi mungkin lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini kerana pelarasan dasar ke atas bahan api boleh memberi kesan kepada dinamik inflasi.

"Keadaan ini juga boleh memberikan sedikit sokongan kepada ringgit berikutan pengecilan perbezaan kadar faedah kerana negara lain telah mula mengurangkan kadar dasar mereka," katanya.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding euro kepada 4.7843/7886 daripada 4.7973/8033 ketika ditutup pada Khamis, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7151/7203 daripada 5.7276/7347 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.9574/9602 daripada 2.9728/9767.

Ringgit turut mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3081/3114 daripada 3.3117/3164 pada penutup sebelumnya, naik berbanding peso Filipina kepada 7.70/7.71 daripada 7.72/7.74, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 267.7/268.0 daripada 268.1/268.6 dan naik berbanding baht Thai kepada 13.0436/0608 daripada 13.1163/1388 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Labuan viewed 'Polis Buru Suspek Bunuh Wanita Di Tanjung Lumpur |' 3 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Orang ramai dinasihat utamakan keselam' 6 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Kabir Khan the newly appointed Tourism Malaysia am' 27 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PPR resident injured by bicycle thrown from 12th f' 1 hr 1 min ago
A visitor from Wyoming viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from New york viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 17 mins ago