Translate

25 March 2025

Mahkamah tolak permohonan ikat jamin CEO GISB, 12 individu



Mahkamah tolak permohonan ikat jamin CEO GISB, 12 individu

Bernama

24/03/2025


CEO GISB dan 12 pemimpin tertinggi perniagaan itu gagal dalam permohonan untuk dilepaskan dengan jaminan ketika dibawa ke Mahkamah Kompleks Penjara Kajang pada Isnin. -Sinar Harian


KAJANG: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 12 individu lain yang berdepan pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, untuk dibenarkan ikat jamin.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan ikat jamin CEO GISB Holdings Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan 12 individu lain yang berdepan pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Mahkamah membenarkan lapan wanita, termasuk isteri Nasiruddin, diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin.

Kesemua pemohon lelaki gagal memenuhi syarat pengecualian di bawah Seksyen 13(2) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Selain Nasiruddin, 66, mereka ialah anak bekas pengasas Al-Arqam Ashaari Muhammad, iaitu Mohammad Adib At-Tamimi, 33; Mohd Shukri Mohd Noor, 54; Muhammad Afdaluddin Latif, 35; Mohamad Sayuti Omar, 36; Mohd Fazil Md Jasin, 58; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 35; Mokhtar Tajuddin, 61; Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29; Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35; Shuhaimi Mohamed, 57; Hasnan Abd Hamid, 54; dan Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan lapan wanita iaitu isteri Nasiruddin Azura Md Yusof, 58; Nurul Jannah Idris, 29; Nur Jannah Omar, 33; Siti Salmiah Ismail, 58; Asmat@Asmanira Muhammad Ramly, 45; Siti Hajar Ismail, 52; Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28; dan Mahani Kasim, 55; diikat jamin RM40,000 dengan dua orang penjamin.

Hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar yang membuat keputusan itu berkata mahkamah menolak permohonan Nasiruddin dan 12 lelaki terbabit, atas alasan pemohon gagal memenuhi mana-mana syarat seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 13 (2) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Bagi tujuh pemohon iaitu Nasiruddin, Mokhtar, Hasnan, Mohd Fazil, Shuhami, Muhammad Zahid dan Mohd Shukri, hakim itu berkata mereka bukan di bawah umur 18 tahun dan tidak tergolong dalam kategori pengecualian seperti yang termaktub dalam seksyen tersebut, selain tiada keterangan mencukupi dalam afidavit pemohon yang menunjukkan mereka mempunyai masalah kesihatan.

"Kebanyakan pemohon memberitahu mempunyai penyakit antaranya kencing manis dan tekanan darah tinggi serta mengambil ubat-ubatan yang disediakan pihak perubatan. Laporan kesihatan terkini yang disediakan pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Penjara Sungai Buloh menunjukkan keadaan kesihatan pemohon adalah stabil.

"Semasa hadir membuat pemeriksaan kesihatan, pemohon mampu berjalan sendiri tanpa kecacatan, tidak menunjukkan tanda-tanda kesukaran bernafas dan boleh menjalani kehidupan harian dengan berdikari," kata hakim itu pada prosiding yang dijalankan di Kompleks Penjara Kajang di sini.

Hakim Latifah berkata bagi enam pemohon lain pula, tiada keterangan dalam afidavit pemohon yang menunjukkan mereka sakit atau uzur manakala laporan kesihatan terkini mendapati mereka berada dalam keadaan baik serta stabil dan tidak mempunyai sebarang penyakit kronik serta boleh menjalani aktiviti harian secara berdikari.

Dalam pada itu, Hakim Latifah yang membenarkan permohonan lapan wanita itu berkata mereka tergolong di bawah kategori pengecualian termaktub di bawah Seksyen 13(2)(b) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

"Tiada keterangan dalam afidavit jawapan responden (pendakwa raya) yang menunjukkan bahawa pemohon-pemohon mempunya risiko untuk melarikan diri. Dalam afidavit tersebut hanya menyatakan terdapat risiko kebarangkalian yang amat tinggi untuk pemohon-pemohon berhubung atau berjumpa dengan saksi-saksi atau mangsa, yang dikhuatiri mereka berpotensi untuk dipengaruhi oleh pemohon-pemohon.

"Bagaimanapun, pemohon-pemohon telah memberi aku janji untuk tidak berjumpa atau berhubung dengan saksi-saksi, sekiranya jaminan diberikan. Mengambil kira alasan ini, mahkamah menggunakan kuasa budi bicara yang diperuntukkan dalam akta tersebut (SOSMA) membenarkan jaminan kepada kesemua pemohon," kata hakim itu.

Sehubungan itu, Hakim Latifah membenarkan kesemua pemohon masing-masing diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin berserta syarat tambahan mereka perlu melapor diri di balai polis berhampiran dua minggu sekali, sehingga perbicaraan selesai dan perlu hadir ke mahkamah pada setiap tarikh yang mahkamah tetapkan.

"Selain itu, pemohon tidak dibenarkan mengganggu mana-mana saksi sepanjang tempoh jaminan dan sekiranya pemohon sakit pada tarikh yang ditetapkan, penjamin perlu hadir ke mahkamah untuk mengemukakan cuti sakit daripada hospital dan klinik kerajaan.

"Sekiranya gagal mematuhi mana-mana syarat jaminan itu, mahkamah boleh mengeluarkan waran tangkap, wang jaminan boleh dirampas atau dinaikkan dan dibatalkan serta boleh dipenjarakan sehingga kes selesai," katanya.

Pada 23 Okt 2024, kesemua mereka didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 Sept 2024.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan dengan kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan.

Pada 13 Jan, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan Hamimah Yakub, 73, diikat jamin RM40,000 dengan dua penjamin, serta syarat tambahan antaranya dilarang mengganggu saksi pendakwaan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang setiap dua minggu sekali sehingga perbicaraan selesai.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 9 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 41 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 54 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 1 hr ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 2 hrs 19 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 2 hrs 46 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 3 hrs ago