Translate

25 March 2025

Waspada jika dimasukkan dalam kumpulan media sosial, elak jadi mangsa 'scammer'



Waspada jika dimasukkan dalam kumpulan media sosial, elak jadi mangsa 'scammer'

Bernama

25/03/2025


Orang ramai perlu berhati-hati apabila dimasukkan ke dalam kumpulan di aplikasi Telegram dan WhatsApp kerana mereka berisiko menjadi mangsa jenayah pelaburan. - Gambar hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila dimasukkan ke dalam kumpulan (group) di aplikasi Telegram dan WhatsApp kerana mereka berisiko menjadi mangsa pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Pegawai Operasi Yayasan Digital Malaysia Ahmad Faizal Zulkipli berkata jenayah pelaburan itu kini kian meluas apabila mangsa dijanjikan dengan pelbagai pulangan menarik dalam tempoh yang singkat termasuklah keuntungan RM300 hanya dalam tempoh beberapa jam.

"Penipuan pelaburan ini melibatkan pelaburan dengan harapan labur RM50, lagi tiga jam akan dapat RM300. Kita perlu tahu dalam group tersebut mungkin ada 30 orang, tetapi hanya ada satu atau dua sahaja orang luar, yang lain merupakan ahli sindiket dan tidak berada di Malaysia.

"Selain itu, bahasa yang digunakan penipuan dalam talian atau scammer juga boleh dikenal pasti kerana tidak menggunakan bahasa Malaysia. Sesetengah daripada mereka guna istilah yang jarang didengari di negara kita. Jadi, amalan yang paling selamat adalah elakkan perkara yang 'too good to be true'," katanya ketika menjadi tetamu pada porgram Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, semalam.

Ahmad Faizal mengingatkan orang ramai yang ingin membuat pelaburan dalam talian untuk melakukan semakan nombor akaun dan nombor telefon terlebih dahulu menerusi portal 'SemakMule' yang diperkenalkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu Ahmad Faizal menyarankan para peniaga supaya menggunakan teknologi terminal pembayaran digital (DuitNow QR Soundbox) bagi mengelakkan penipuan melibatkan kaedah pembayaran tersebut selain menyemak transaksi setiap kali pelanggan membuat bayaran.

Beliau berkata jenayah siber melibatkan sistem kod respons pantas (QR) sering menjadi taktik scammer memanipulasi para peniaga dengan membuat resit pembayaran palsu melalui aplikasi berbayar atau secara dalam talian.

"Jenayah ini berevolusi dan dikhuatiri akan terus berlaku lebih-lebih lagi minggu ini orang ramai mula sibuk membeli belah menjelang perayaan akan datang, maka penipu akan memanipulasi penjual dengan menunjukkan transaksi resit palsu," katanya.

Beliau berkata resit palsu boleh dibangunkan secara mudah menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) atau boleh dibeli menerusi pasaran gelap atau 'darkweb'.

"Resit itu juga boleh ditetapkan (setting) kepada semua jenis bank dalam usaha memperdayakan penjual," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Indiana viewed 'UBER CEO Argues with UBER Driver | BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Michigan viewed 'Malaysian Woman Finds True Love, Flies to China To' 2 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Pelakon Mira Filzah dipilih sebagai model di penta' 11 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Konsert Anuar Zain Dibatalkan | BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'North Korea accuses Malaysia of Colluding With Hos' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nation celebrates dedicati' 2 hrs 6 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 3 hrs 36 mins ago