Translate

23 March 2025

Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 masjid, 300 asnaf



Ramanan sampaikan sumbangan RM190,000 kepada 16 masjid, 300 asnaf

Bernama

22/03/2025


Ramanan berkata bantuan berkenaan merupakan sumbangan Bank Rakyat menerusi program Jangkauan Komuniti MADANI: Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan itu. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R.Ramanan hari ini menyampaikan sumbangan berjumlah RM190,000 kepada 16 masjid serta 300 asnaf di sekitar Parlimen Sungai Buloh.

Ahli Parlimen Sungai Buloh itu berkata bantuan berkenaan merupakan sumbangan Bank Rakyat menerusi program Jangkauan Komuniti MADANI: Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan itu.

"Saya sangat gembira hari ini sebab dapat bersama-sama dengan kanak-kanak asnaf dan golongan miskin yang hadir. Saya salut kepada Bank Rakyat atas pelaksanaan program-program seperti ini untuk membantu golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

"Syabas saya ucapkan kepada Bank Rakyat dan saya harapkan lebih banyak inisiatif-inisiatif seperti ini dapat dilakukan bukan sahaja di Parlimen Sungai Buloh tetapi juga di kawasan lain," katanya kepada pemberita pada program yang diadakan di Masjid Kota Damansara di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Noor Afifah Abdul Razak dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Sementara itu, Ahmad Shahril berkata setiap masjid menerima RM10,000 bagi menganjurkan aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan dan Syawal manakala setiap asnaf menerima wang tunai RM100.

"Program-program seperti ini akan terus dilaksanakan oleh Bank Rakyat. Ini bukan acara tahunan, malah, jika ada keperluan Bank Rakyat akan turun padang untuk laksanakan program-program tanggungjawab sosial korporat (CSR) seperti ini.

"Penyerahan hari ini merupakan hasil CSR dan sumbangan zakat kepada penerima," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Buki' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Waspada jika dimasukkan dalam kumpulan media sosia' 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'MPL Malaysia kembali 19 April dengan dua fasa play' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serah kertas siasatan remaja maut dilanggar ' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Agong berkenan lakukan tinjauan mesra sekitar Buki' 12 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 12 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Transaksi penipuan sebanyak RM399 juta berjaya dih' 15 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara d' 15 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pembinaan 12 set tren baharu untuk Komuter Utara d' 18 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 19 mins ago