Translate

23 March 2025

Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil



Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil

Bernama

22/03/2025


Christopher berkata kemalangan itu menyebabkan pemandu Perodua Axia patah kaki kanan, manakala tiga anaknya masing-masing mengalami kecederaan termasuk patah kaki kanan serta luka di kaki dan muka. - Gambar PDRM


MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil, di sini, hari ini.

Mangsa, Muhammad Alexander Zulkarnain Muhammad Nur Basir, yang merupakan penumpang Perodua Axia, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kecederaan parah di kepala pada kira-kira 4 petang.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, berkata dalam kejadian kira-kira 2.40 petang, Muhammad Alexander Zulkarnain menaiki Perodua Axia yang dipandu ibunya, Nurul Nadiah Mustapha Kamal, 31, bersama seorang kakaknya berusia tujuh tahun dan dua abangnya masing-masing berusia empat dan sembilan tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati, ketika kejadian, kereta Perodua Axia dalam perjalanan dari arah bandar Melaka menuju ke Tehel. Namun, ketika tiba di lokasi kemalangan, pemandu dipercayai mengalami 'microsleep'.

"Akibatnya, kenderaan terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi yang datang dari arah Bukit Katil menuju ke Duyong," katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata kemalangan itu menyebabkan pemandu Perodua Axia patah kaki kanan, manakala tiga anaknya masing-masing mengalami kecederaan termasuk patah kaki kanan serta luka di kaki dan muka.

"Pemandu Perodua Myvi, seorang lelaki berusia 34 tahun, dan penumpangnya, abangnya yang berusia 45 tahun, turut mengalami kecederaan pada perut dan paru-paru," katanya.

Menurutnya, semua mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Melaka, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from New york viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 38 secs ago
A visitor from Delaware viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 4 mins ago
A visitor from Oregon viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 8 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 10 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di ' 18 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 28 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 29 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Transaksi penipuan sebanyak RM399 juta berjaya dih' 31 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 58 mins ago
A visitor from Bandar baru bangi viewed ''DEFIES LOGI' 1 hr ago