Translate

24 March 2025

Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza



Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza

Bernama

24/03/2025


Pope Francis speaks to more than 3,000 attendees at the Gemelli hospital compound, Rome, March 23, 2025. (AP Photo)


ROM: Paus Francis sekali lagi menyeru keamanan dengan menggesa agar keganasan di Gaza dan kawasan konflik lain dihentikan segera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Beliau turut menyuarakan penghargaan terhadap usaha antarabangsa dalam memupuk dialog bagi mencapai penyelesaian damai.

Dalam penampilan awam pertamanya selepas lima minggu menjalani rawatan, Paus Francis berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di perkarangan hospital Gemelli, Rom pada Ahad.

Dalam acara itu, mesej mingguannya dibacakan oleh penyampai televisyen dan radio serta diedarkan kepada wartawan, dengan beliau menyeru agar keganasan dihentikan dan semua pihak meletakkan senjata.

Sebelum kembali ke kediamannya di Casa Santa Marta untuk menjalani tempoh pemulihan selama dua bulan, pemimpin gereja Katolik itu meluahkan kesedihannya terhadap serangan udara Israel yang kembali menggempur Gaza sehingga menyebabkan banyak nyawa terbunuh.

Beliau menggesa gencatan senjata segera dan menyeru untuk kembali ke meja rundingan agar semua tahanan dapat dibebaskan serta satu perjanjian damai muktamad dapat dicapai, sambil menekankan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 9 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 30 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 36 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 50 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Religious difference is not a barrier for familial' 1 hr 50 mins ago
A visitor from New york viewed 'Datin Seri Rosmah Mansor is a “long-standing” cust' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Rio Carnival Kicks Off in Brazi | BEST FBKL' 2 hrs 17 mins ago