Translate

15 March 2025

Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut – Saifuddin Nasution



Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut – Saifuddin Nasution

Bernama

15/03/2025


Saifuddin Nasution berucap pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Kampung Permatang Tok Dik, Kulim, pada Jumaat.


KULIM: Jabatan Imigresen (JIM) dalam proses untuk melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, jabatan berkenaan sedang mendapatkan persetujuan Jabatan Peguam Negara untuk melaksanakan pendekatan kompaun kepada pendatang tanpa izin berbanding pendakwaan.

"Jadi ini alternatif yang kita ambil supaya mereka (pendatang tanpa izin) mendapat pilihan yang lebih manusiawi, mereka boleh balik (ke negara asal) untuk sambut Aidilfitri.

"Mereka bayar kompaun dan kita hantar balik. Jadi sekarang ini program semasa akan tamat pada 31 Mac, kita ke arah melanjutkannya," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar bersama Menteri Dalam Negeri di Masjid Kampung Permatang Tok Dik, di sini, malam tadi.

Saifuddin Nasution berkata, di bawah program itu, warga asing yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen hanya perlu tampilkan diri dan membayar kompaun sebelum dihantar pulang.

"Kalau mereka berada di sini, kalau pasukan penguat kuasa imigresen buat operasi, mereka ditangkap dan akan berakhir di depoh... masuk tanpa dokumen, salah guna pas lawatan dan tinggal lebih masa semuanya kesalahan di bawah Akta Imigresen," katanya.

Beliau berkata, tahun lepas, kerajaan berjaya mengutip bayaran kompaun sebanyak RM120 juta melalui Program Repatriasi Migran.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rangkuman Program-program Anwar Sekitar Semalam | ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Rostov-on-don viewed 'Video Viral - Polis kejar Proton Satria di Bangi |' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed '‘Your tim' 1 hr 22 mins ago