Translate

16 March 2025

Petronas, Petros akan perinci butiran berkaitan peranan agregator gas



Petronas, Petros akan perinci butiran berkaitan peranan agregator gas

Bernama

16/03/2025


Petronas berkata usaha ini bertujuan untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak termasuk pelanggan akhir dan pelabur dipertimbangkan dengan sewajarnya.


KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan, kerajaan Sarawak, serta Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berhubung butiran peranan masa depan Petros sebagai agregator gas negeri.

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata usaha ini bertujuan untuk memastikan hak dan kepentingan semua pihak termasuk pelanggan akhir dan pelabur dipertimbangkan dengan sewajarnya.

"Pertimbangan yang paling utama akan diberikan untuk memastikan kepastian dalam iklim pelaburan," katanya ketika mengulas pertanyaan Bernama berhubung sebuah laporan berita yang menyatakan sebaliknya berhubung kemajuan kerjasama antara Petronas dan Petros.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata kerajaan Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Sarawak untuk memperincikan skop kerjasama antara Petros dan Petronas.

Beliau berkata perbincangan itu bertujuan untuk meneroka kerjasama yang akan dijalankan oleh kedua-dua syarikat melibatkan mana-mana projek baharu dalam apa jua bidang.

Pada Februari, Anwar berkata Petronas akan memenuhi semua obligasi berkontrak domestik dan antarabangsa manakala Petros akan bertindak sebagai agregator gas Sarawak berdasarkan peraturan negeri mengenai pengagihan gas yang berkuatkuasa pada 1 Mac.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan peranan Petros sebagai agregator gas negeri, namun, ia tidak termasuk gas asli cecair.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan ada' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 17 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''DEFIES LOGI' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'e-Ansuran LHDN boleh diakses di portal MyTax | BES' 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota JPJ dipenjara setahun, denda RM80,000 rasu' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 38 mins ago