Translate

15 March 2025

Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas pengsan semasa ke kantin



Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas pengsan semasa ke kantin

Bernama

15/03/2025


Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di Melaka, meninggal dunia selepas pengsan ketika berjalan ke kantin pagi semalam. - Gambar hiasan


MELAKA: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia selepas pengsan ketika berjalan ke kantin pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.30 pagi ketika waktu rehat, dan pelajar tingkatan dua bukan Islam itu yang juga atlet bola tampar sekolah sedang berjalan ke kantin.

"Mangsa tiba-tiba pengsan berhampiran padang sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

"Bantuan pernafasan (CPR) turut diberikan selama 30 minit namun gagal menyelamatkan nyawa dan doktor yang merawatnya mengesahkan pelajar berkenaan meninggal dunia," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata, sebelum kejadian pelajar berkenaan dikatakan mengikuti kelas pendidikan jasmani pada waktu pagi dan tiada unsur jenayah dikesan.

"Kita sedang menunggu laporan lengkap makmal untuk mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 6 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 15 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 33 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 22 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 5 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 48 mins ago