Translate

24 March 2025

Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza



Paus Francis seru henti segera pengeboman di Gaza

Bernama

24/03/2025


Pope Francis speaks to more than 3,000 attendees at the Gemelli hospital compound, Rome, March 23, 2025. (AP Photo)


ROM: Paus Francis sekali lagi menyeru keamanan dengan menggesa agar keganasan di Gaza dan kawasan konflik lain dihentikan segera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Beliau turut menyuarakan penghargaan terhadap usaha antarabangsa dalam memupuk dialog bagi mencapai penyelesaian damai.

Dalam penampilan awam pertamanya selepas lima minggu menjalani rawatan, Paus Francis berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di perkarangan hospital Gemelli, Rom pada Ahad.

Dalam acara itu, mesej mingguannya dibacakan oleh penyampai televisyen dan radio serta diedarkan kepada wartawan, dengan beliau menyeru agar keganasan dihentikan dan semua pihak meletakkan senjata.

Sebelum kembali ke kediamannya di Casa Santa Marta untuk menjalani tempoh pemulihan selama dua bulan, pemimpin gereja Katolik itu meluahkan kesedihannya terhadap serangan udara Israel yang kembali menggempur Gaza sehingga menyebabkan banyak nyawa terbunuh.

Beliau menggesa gencatan senjata segera dan menyeru untuk kembali ke meja rundingan agar semua tahanan dapat dibebaskan serta satu perjanjian damai muktamad dapat dicapai, sambil menekankan situasi kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 57 secs ago
A visitor from Louisiana viewed 'Tigerair said that Flight TR2993, which was carryi' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembiayaan kerajaan sebanyak RM131.5 juta bantu PK' 2 mins ago
A visitor from California viewed 'Johor executive councillor Datuk Abdul Latif Bandi' 51 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Seorang jemaah haji dari Malaysia dibawah kelolaan' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A Japanese woman jumped to her death from the 20th' 1 hr 38 mins ago
A visitor from New york viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 41 mins ago