Translate

29 March 2025

Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gegaran dirasai di negara jiran



Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gegaran dirasai di negara jiran

Bernama

29/03/2025


Gempa bumi susulan itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan menjejaskan banyak kawasan yang sudah teruk terkesan akibat gempa bumi besar pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Myanmar dilanda gempa bumi susulan dengan magnitud 5.1 pada Sabtu, sehari selepas gempa bumi kuat menggegarkan beberapa negara jiran, mengorbankan lebih 1,000 orang.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran terbaharu itu berlaku berhampiran Pyinmana, kira-kira 24 kilometer dari Nay Pyi Taw, pada kira-kira 2.50 petang waktu tempatan, dengan gegaran dirasai di Laos, Thailand dan beberapa bahagian di China.

Gempa bumi susulan itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan menjejaskan banyak kawasan yang sudah teruk terkesan akibat gempa bumi besar pada Jumaat.

NDTV World, memetik USGS, melaporkan bahawa rantau itu telah mengalami sekurang-kurangnya 12 gempa susulan sejak gempa bumi besar pertama berhampiran Sagaing, dengan magnitud antara 2.8 hingga 7.5.

Setakat ini, kesan penuh kemusnahan serta kemungkinan pertambahan korban akibat gempa bumi susulan terbaharu masih belum dapat dipastikan, sementara operasi mencari dan menyelamat serta bantuan terus dijalankan, menurut NDTV World.

Xinhua melaporkan Mandalay, Bago, Magway, timur laut Shan, Sagaing dan Nay Pyi Taw sebagai kawasan paling teruk terjejas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed '46 masih dirawat, seo' 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 24 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 25 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'All Square at Manchester Derby as Tottenham beats ' 27 mins ago