Translate

05 April 2025

Kebakaran gas Putra Heights: 46 masih dirawat, seorang di ICU - KKM



Kebakaran gas Putra Heights: 46 masih dirawat, seorang di ICU - KKM

Bernama

04/04/2025


Sebanyak 46 orang daripada keseluruhan 134 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik. - Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Sebanyak 46 orang daripada keseluruhan 134 mangsa yang terlibat dalam tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lepas masih menerima rawatan di hospital dan klinik.

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan daripada jumlah itu, 26 mangsa dirawat di hospital kerajaan termasuk seorang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang manakala 20 mangsa lagi di fasiliti swasta.

"Seorang lelaki berumur 65 tahun sedang dirawat di ICU setelah mengalami enam peratus partial thickness burn, chemical pneumonitis dan diaphragmatic hernia dan dirawat dengan high flow nasal cannula.

"Terdapat 14 pesakit di Hospital Putrajaya, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (enam), Hospital Kuala Lumpur (empat), dan masing-masing satu pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Ampang," menurut data harian yang dikeluarkan KKM hari ini.

KKM turut memaklumkan aktiviti Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Minda dan Psikososial (MHPSS) turut dijalankan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di Hospital Putrajaya (HPj) dengan 135 individu menerima intervensi MHPSS.

Antara intervensi yang dilaksanakan adalah relaksasi, ekspresi seni dan kemahiran asas psychological first aid (PFA).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Sindiket edar dadah tiga negara guna kurier tumpas' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BNM mungkin pertimbang penurunan OPR sebagai langk' 6 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 12 mins ago
A visitor from California viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 14 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemilik syarikat didenda RM15,000 sembunyi lebih 2' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 27 mins ago