Translate

19 March 2025

Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the Year 20024’ IABC Asia Pasifik



Mohd Said Bani raih anugerah ‘Communicator of the Year 20024’ IABC Asia Pasifik

Bernama

19/03/2025


Mohd Said Bani melakar rekod sebagai pengamal komunikasi pertama dari Malaysia meraih anugerah 'Communicator of the Year 2024' International Association of Business Communicators (IABC) Asia Pasifik (APAC). - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Perhubungan Awam dan Komunikasi (PRCA) Malaysia, Prof Mohd Said Bani CM Din meraih anugerah 'Communicator of the Year 2024' International Association of Business Communicators (IABC) Asia Pasifik (APAC).

PRCA Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, anugerah itu disampaikan pada majlis berprestij di Manila, Filipina pada Ahad lepas, sekali gus menandakan pengamal komunikasi pertama dari Malaysia menerima anugerah itu.

"Dengan lebih 30 tahun kecemerlangan dalam perhubungan awam, hal ehwal korporat dan strategi media, Mohd Said Bani telah mengubah persepsi terhadap peranan komunikasi sebagai pemangkin impak sosial dan korporat.

"Selaku pengasas bzBee Consult, beliau terus membentuk industri dengan kepimpinan berwawasan dan pengaruh transformasinya," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan itu, IABC APAC turut memuji legasi Mohd Said Bani dan komitmen beliau dalam memajukan komunikasi yang beretika, telus, dan berimpak, sambil menyatakan anugerah berkenaan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai pemimpin global dan mengangkat nama Malaysia di persada industri komunikasi antarabangsa.

"Kejayaan bersejarah Prof Mohd Said Bani bukan sahaja pencapaian peribadi, tetapi juga satu pencapaian penting bagi industri komunikasi di Malaysia.

"Hasil kerjanya telah mengubah persepsi terhadap komunikasi, bukan sekadar sebagai fungsi sokongan tetapi tiang asas pengaruh, kepercayaan dan transformasi," menurut jurucakap IABC APAC menerusi kenyataan itu.

Sementara itu, Mohd Said Bani menzahirkan terima kasih kepada IABC APAC dan menegaskan keyakinannya terhadap kuasa transformasi komunikasi.

"Komunikasi lebih daripada sekadar kata-kata, ia jambatan menghubungkan manusia, memberi inspirasi untuk perubahan dan membina kepercayaan.

"Memenangi anugerah Communicator of the Year 2024 bukan sekadar pencapaian peribadi, malah satu bukti kepada kekuatan penceritaan beretika, ketelusan, dan dialog yang berlandaskan tujuan dalam membentuk Malaysia yang lebih baik dan bersatu, serta dunia lebih harmoni," katanya.

Menurut kenyataan itu, anugerah terbabit juga adalah kejayaan untuk industri perhubungan awam dan komunikasi Malaysia, pengiktirafan terhadap potensinya di pentas global dan peringatan yang kuat mengenai impak komunikasi yang beretika, telus dan berlandaskan tujuan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Kerajaan sasar 500 sekolah dijadikan sekolah angka' 23 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Berhati-hati dengan akaun media sosial palsu kerab' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Selangor berbuka puasa bersama warga UPM | ' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Be' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cops probing crypto investment scam involving RM41' 12 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan' 18 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Five questioned over Zayn Rayyan video upload on s' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from Washington viewed 'CTOS ajak rakyat Malaysia periksa skor kredit dala' 25 mins ago