Translate

15 March 2025

Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 83,000 benih udang kara bernilai RM500,000



Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 83,000 benih udang kara bernilai RM500,000

Bernama

14/03/2025


Maritim Malaysia Johor menggagalkan cubaan menyeludup 83,000 benih udang kara yang dianggarkan bernilai hampir RM500,000 dalam satu operasi khas di perairan Tanjung Piai pada Khamis. - Gambar Maritim Malaysia Johor


PONTIAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup masuk 83,000 benih udang kara dengan menahan tiga lelaki tempatan di perairan Tanjung Piai di sini, semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata pihaknya mengesan sebuah bot mencurigakan bergerak dari Batu Pahat menuju ke Gelang Patah sebelum ditahan untuk pemeriksaan lanjut di kedudukan 0.1 batu nautika tenggara Sungai Boh pada pukul 2.30 pagi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut membawa 17 kotak polistirena yang mengandungi kira-kira 83,000 benih udang kara bernilai hampir RM500,000.

"Bot terbabit dipercayai menyeludup masuk benih udang kara berkenaan dari negara jiran ke Johor tanpa kebenaran Jabatan Perikanan Malaysia.

"Susulan itu, tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 33 tahun yang berada dalam bot tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 40(1) Akta Perikanan 1985," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kama Azri berkata bot dan semua barang rampasan telah dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor, Sungai Pulai, untuk tindakan selanjutnya.

"Kami akan meningkatkan operasi penguatkuasaan di perairan negeri susulan pengaktifan Op Khas Pagar Laut Siri 1/2025 yang dilancarkan pada Rabu lepas, khususnya bagi mengekang sebarang jenayah rentas sempadan menjelang musim perayaan ini.

"Pada masa sama, orang ramai disarankan agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah di laut bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di 07-2199402.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rangkuman Program-program Anwar Sekitar Semalam | ' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Rostov-on-don viewed 'Video Viral - Polis kejar Proton Satria di Bangi |' 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed '‘Your tim' 1 hr 2 mins ago