Translate

16 March 2025

Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar



Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar

Astro Awani

16/03/2025


Anwar ketika menyampaikan ucapan pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini. -Bernama


SHAH ALAM: Pihak yang sering memainkan sentimen perkauman untuk memecahbelahkan rakyat di negara ini hanya mengulangi tindakan lapuk.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang memainkan sentimen perkauman sebagai pendekatan 'desperado' dalam politik.

Beliau menegaskan bahawa tiada skandal rasuah atau salah guna kuasa dalam kerajaan, tetapi pihak tidak bertanggungjawab memperalatkan isu kaum.

Anwar menambah bahawa isu perkauman yang dibangkitkan bukan gambaran sebenar situasi di negara ini, dan tiada kritikan dasar atau pandangan baharu daripada pihak tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perbuatan sedemikian sebagai pendekatan 'desperado' dalam politik.

Malah, beliau menganggap pihak tidak bertanggungjawab itu hanya bijak memainkan isu perkauman berbanding membahas dasar kerajaan.

"Tiada skandal membabitkan pimpinan negara, rasuah, atau salah guna kuasa, tetapi yang ada ialah memperalatkan isu kaum.

“Kononnya kerajaan lemah kerana tunduk kepada kuasa parti, khususnya DAP. Apakah mereka tidak kenal DAP? Mereka kenal.

"Dalam Pakatan Rakyat dulu, hampir 15 tahun PAS bersama DAP. Semasa PH di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang sekarang Bersatu pernah duduk semeja dengan pimpinan DAP.

"Apakah luahan mereka itu kenyataan benar? Tidak. Luahannya adalah golongan 'desperate' (terdesak), ini yang dikatakan 'desperado' dalam politik,” katanya ketika berucap merasmikan Kongres DAP Ke-18, di sini, hari ini.

Beliau menambah, isu perkauman dibangkitkan pihak terbabit bukan gambaran mengenai situasi sebenar yang berlaku di negara ini.

"Tiada kritikan dasar atau pandangan baharu, tetapi bawa gendang lama, menakutkan masyarakat Melayu mengenai kemaraan kelompok Cina, apatah lagi yang diperjuangkan dengan lambang DAP," ujarnya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 2 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC opens two investigation papers involving Sapu' 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Anies 1, Prabowo 2 dan Gan' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 1 hr 43 mins ago