Translate

25 March 2025

Kerajaan tidak cadang laksana caj kesesakan setakat ini - Loke



Kerajaan tidak cadang laksana caj kesesakan setakat ini - Loke

Bernama

25/03/2025


Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melaksanakan caj kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur ke atas kenderaan persendirian buat masa ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Kerajaan tidak bercadang melaksanakan caj kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur buat masa ini, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Fokus kepada peningkatan mutu pengangkutan awam terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan caj kesesakan, seperti yang dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya.

Kajian pelaksanaan caj kesesakan sedang dijalankan oleh Miros dan MGTC, termasuk mekanisme pelaksanaan dan unjuran penurunan jumlah trafik serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam.

Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya telah membincangkan perkara itu secara mendalam, dan mengambil maklum pandangan kementerian untuk memberi fokus kepada peningkatan mutu pengangkutan awam terlebih dahulu.

"Oleh itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) tidak dan belum bercadang untuk melaksanakan caj kesesakan ke atas kenderaan persendirian buat masa ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Loke berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Tan Sri Low Kian Chuan yang ingin tahu jika kementerian akan mempertimbangkan pelaksanaan cukai caj kesesakan memandangkan isu sambungan First Mile dan Last Mile telah diselesaikan melalui perkhidmatan van transit atas permintaan.

Beliau berkata kajian pelaksanaan caj itu merangkumi mekanisme pelaksanaan, unjuran penurunan jumlah trafik serta peningkatan penggunaan pengangkutan awam sedang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC).

MOT juga sedang melaksanakan Kajian Pelan Strategik Pengangkutan Awam Lembah Klang, antara lain turut merangkumi kajian Origin-Destination dan diharap dapat dijadikan penanda aras untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam termasuk di negeri.

"Ini kerana negara-negara maju hanya melaksanakan caj kesesakan setelah mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 4 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 22 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 33 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Watch Out!, JPJ and Police have come up with a lis' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed ''Abang Belon' akan diberi bimbingan dapatkan lesen' 1 hr 54 mins ago
A visitor from California viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 2 hrs 5 mins ago