Translate

06 March 2025

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen



Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen

Bernama

06/03/2025


DBKL memaklumkan insiden itu berlaku apabila anggota terbabit melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja tidak berlesen di kawasan terbabit. - Gambar Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng di sini, semalam.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan insiden itu berlaku apabila anggota terbabit melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja tidak berlesen di kawasan terbabit.

Susulan kejadian itu, dua laporan polis telah dibuat dan pelaku terlibat telah diserahkan kepada polis.

"Tindakan penguatkuasaan hanya dilaksanakan apabila individu terlibat tidak mengendahkan teguran dan terus beroperasi secara tidak sah.

"Keberadaan penjaja di lokasi tidak dibenarkan boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas, menghalang laluan pejalan kaki, menimbulkan isu pengurusan sampah dan kebersihan makanan," menurut kenyataan itu.

DBKL memandang serius insiden provokasi terbabit dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang tindakan agresif ke atas petugas yang menjalankan amanah demi kepentingan masyarakat.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video dan gambar kejadian serta kecederaan anggota penguat kuasa itu.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MAG terima 30 pesawat berbadan sempit Boeing 737 b' 17 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terim' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'ISU "PAKCIK PETAI" DAPAT PERHATIAN MENTERI BESAR |' 39 mins ago
A visitor from California viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 43 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar ta' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Dusseldorf viewed 'Berita baik daripada kerajaan diharap beri keceria' 1 hr 2 mins ago