Translate

06 March 2025

10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini



10 Rang Undang-Undang termasuk Perkhidmatan Parlimen diluluskan sidang Dewan Rakyat kali ini

Bernama

06/03/2025


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dalam ucapan penutup di Dewan Rakyat hari ini berkata penggubalan RUU baharu itu, dapat memastikan pemisahan kuasa yang jelas antara badan eksekutif dan legislatif serta memberikan autonomi kepada Parlimen untuk menentukan hala tuju legislatif secara tersendiri.

Beliau berkata mesyuarat kali ini juga meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja dan beberapa usul termasuk usul bagi membahaskan Laporan Ketua Audit Negara 1/2025, selain tiga sesi penerangan menteri diadakan di Dewan Rakyat.

Johari turut menyentuh mengenai peranan Parlimen Malaysia selaku Pengerusi Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) yang akan terlibat secara langsung dengan lima program AIPA.

Ia meliputi Perhimpunan Antara Parlimen Wanita Asean (WAIPA), Mesyuarat Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN, Mesyuarat Antara Muka Pemimpin ASEAN-AIPA, Mesyuarat Majlis Penasihat AIPA mengenai Dadah Berbahaya ke-7 dan Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46.

"Saya berharap semua Ahli Parlimen menggunakan peluang yang ada untuk memperoleh pengalaman baharu, berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik serta mencari penyelesaian bersama-sama rakan serantau dalam menangani cabaran serantau dan global," katanya.

Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung sejak 3 Feb lepas ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Maryland viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri nafi tarik sokongan | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kalau Nak Jual Patut DBKL Datang Bincang Dulu Alih' 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua penuntut sekolah pondok maut kereta dinaiki te' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed '5,000 anak Pahang dapat baucar petrol, diesel untu' 54 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Influenza ancaman senyap d****a dan kanak-kanak, t' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tah' 59 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 1 hr 1 min ago