Translate

16 March 2025

Bas persiaran dalam perjalanan ke bengkel terbakar



Bas persiaran dalam perjalanan ke bengkel terbakar

Bernama

15/03/2025


Sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kulim ke sebuah bengkel di Butterworth terbakar di Kilometer (KM) 7.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) sebelum plaza tol, pagi tadi. - Foto JBPM P.Pinang/via BERNAMA


BUKIT MERTAJAM: Sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Kulim ke sebuah bengkel di Butterworth terbakar di Kilometer (KM) 7.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) sebelum plaza tol di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata ketika kejadian bas berkenaan tidak membawa penumpang dan menuju ke bengkel bagi kerja pembaikan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.44 pagi sebelum menggerakkan sepasukan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti dibantu BBP Bukit Mertajam ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan bahagian enjin bas sebelum merebak ke bahagian belakang dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah 10 peratus.

"Tiada penumpang terlibat dalam kejadian itu. Kebakaran telah dapat dikawal pada 12.22 tengah hari dan kerja-kerja 'overhaul' selesai," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Kejadian itu turut menyebabkan trafik perlahan di sepanjang lebuh raya berikutan lorong kiri terhalang.

Mohamad Shoki memaklumkan operasi tamat pada 12.45 tengah hari.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 53 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 37 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 5 hrs 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 3 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 hrs 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 6 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 6 hrs 17 mins ago