Translate

24 March 2025

Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang, Israel bunuh 41 lagi rakyat Palestin



Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang, Israel bunuh 41 lagi rakyat Palestin

Bernama

23/03/2025


Sejumlah 61 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan akibat serangan Israel kini mencecah 113,274 orang. - Reuters


ANKARA: Sekurang-kurangnya 41 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,021 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah itu termasuk dua mayat yang dikeluarkan daripada runtuhan dalam tempoh 24 jam lepas.

Kementerian itu berkata 61 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan akibat serangan Israel kini mencecah 113,274 orang.

"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka," tambah kementerian.

Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,200 lagi cedera dalam serangan udara mengejut oleh Israel ke atas Gaza sejak Selasa, sekali gus melanggar gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wyoming viewed '80% of the distress calls made to firemen here to ' 29 mins ago
A visitor from California viewed 'Man missing since Sunday in Indonesia has been fou' 55 mins ago
A visitor from New york viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'ELVIS PRESLEY 40TH ANNIVERSARY TRIBUTE CONCERT IN ' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat enggan mengulas la' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Segamat viewed '694 maut, 1,670 cedera, 68 hilang dalam gempa bumi' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Police Show No Mercy as 3 More Students with gang ' 2 hrs 18 mins ago
A visitor from Washington viewed 'A lorry driver has been sentenced to death for str' 2 hrs 28 mins ago