Translate

24 March 2025

Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang, Israel bunuh 41 lagi rakyat Palestin



Angka korban di Gaza melebihi 50,000 orang, Israel bunuh 41 lagi rakyat Palestin

Bernama

23/03/2025


Sejumlah 61 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan akibat serangan Israel kini mencecah 113,274 orang. - Reuters


ANKARA: Sekurang-kurangnya 41 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,021 orang, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah itu termasuk dua mayat yang dikeluarkan daripada runtuhan dalam tempoh 24 jam lepas.

Kementerian itu berkata 61 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital, menjadikan jumlah kecederaan akibat serangan Israel kini mencecah 113,274 orang.

"Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses mereka," tambah kementerian.

Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 1,200 lagi cedera dalam serangan udara mengejut oleh Israel ke atas Gaza sejak Selasa, sekali gus melanggar gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oregon viewed 'Sepang boss Razlan Razali has urged Formula One’s ' 9 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 22 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 28 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Wanita Cedera Terkena Basikal Dibuang Dari Tingkat' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Semarang viewed 'Gadis Jadi 'Pemuas Nafsu' Bapa Sejak Berusia 6 Tah' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Vermont viewed 'A SPIKE in the number of dengue cases in Hulu Lang' 2 hrs 43 mins ago