Translate

11 January 2025

Seramai 17 individu ditahan dalam kes pindah milik tanah tidak sah di Selangor



Seramai 17 individu ditahan dalam kes pindah milik tanah tidak sah di Selangor

Bernama

10/01/2025


Ramli (dua, kanan) bercakap ketika sidang media khas di Menara KPJ hari ini. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Seramai 17 individu termasuk tujuh penjawat awam dari sebuah pejabat tanah dan galian (PTG) di Selangor telah ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di pejabat berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kesemua mereka berusia 33 hingga 57 tahun dan pihaknya sedang mempergiat usaha mengesan individu lain yang disyaki terbabit dalam kegiatan itu.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kegiatan berkenaan dilakukan secara bersindiket dengan penglibatan 'orang dalam' di pejabat terbabit.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini mengupah 'orang dalam' untuk mengeksploitasi sistem dengan memadam serta menghilangkan rekod-rekod berkaitan pindah milik hartanah.

"Kita sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pembabitan individu lain dalam jenayah ini," katanya pada sidang media di Pejabat JSJK Bukit Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata jenayah terbabit tidak mungkin berlaku tanpa penglibatan 'orang dalam' dan menasihatkan orang ramai untuk tidak bersekongkol dengan sindiket itu.

"Ada kes yang kita terima, nama (pemilik tanah) telah hilang daripada pemilikan tanahnya selepas periksa di pejabat tanah. Proses ini (pertukaran nama) sangat rumit, ia tidak akan berlaku sewenang-wenangnya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seramai 17 individu ditahan dalam tangkapan berasingan sejak September lepas kerana disyaki terbabit kartel pindah milik tanah.

Setakat ini, tujuh kes sedang disiasat membabitkan tanah seluas 21 ekar atau lebih 9.4 hektar dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM7.1 juta.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Imigresen selamatkan 10 remaja warga asing disyaki' 15 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'MBPP roboh, sita tiga premis kendalian warga asing' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Arab Saudi larang bawa penumpang ke tapak suci tan' 45 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tumpas sindiket pengedaran dadah, rampas sya' 50 mins ago