Translate
02 January 2025
Ringgit diunjur pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI pada 1,700-1,840 pada 2025 - Firma penyelidikan
Ringgit diunjur pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI pada 1,700-1,840 pada 2025 - Firma penyelidikan
Bernama
02/01/2025
Menurut Kenanga IB, walaupun terdapat ketidaktentuan, pelabur dijangka cenderung kepada pendapatan dan prospek yang jelas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.
Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) mengunjurkan ringgit akan mengakhiri tahun pada kadar RM4.45, membantu menarik perhatian terhadap pasaran Malaysia dan indeks barometer pada 1,840.
"Suku pertama akan mempunyai pendekatan tunggu dan lihat berikutan pasaran saham ASEAN yang berhati-hati baru-baru ini mencerminkan ketidakpastian mengenai bagaimana ancaman tarif akan memberi impak, dengan jangkaan kadar dasar Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi.
"Dua situasi ini sama seperti pada 2018 tetapi kali ini, Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik dari segi asasnya," katanya.
Menurut Kenanga IB, walaupun terdapat ketidaktentuan, pelabur dijangka cenderung kepada pendapatan dan prospek yang jelas.
Ia mengunjurkan sektor pengguna akan menikmati kenaikan gaji minimum yang sejajar dengan pertumbuhan sektor pelancongan.
"Dari segi struktur, perkembangan kecerdasan buatan/pusat data menawarkan permintaan daripada peningkatan perbelanjaan modal syarikat teknologi besar global.
"Kami juga menapis nama-nama yang menawarkan pulangan dividen yang baik pada penilaian yang wajar berikutan kami percaya pelabur berkemungkinan akan mencari nilai selepas penurunan FBM KLCI baru-baru ini. Bank akan berada dalam kategori ini," katanya.
Menurut Kenanga IB, petrokimia dan logam boleh menjadi lebih tidak menentu tetapi boleh menjana keuntungan daripada pertumbuhan permintaan seperti rangsangan ekonomi China.
Begitu juga, sektor penanaman dan sarung tangan dijangka menyaksikan pendapatan suku tahunan yang kukuh.
Sementara itu, Public Investment Bank (PIVB) menjangka ringgit akan berada pada purata RM4.45 - RM4.55 pada 2025 berikutan Rizab Persekutuan AS kekal berhati-hati terhadap penurunan kadar faedah yang seterusnya dan indeks barometer dijangka ditutup pada 1,700 mata.
"Pada pandangan kami, isu yang lebih mendesak ialah hutang negara AS yang tinggi dan tidak mampan. Pasaran mengambil kira premium risiko yang tinggi untuk Perbendaharaan AS, menjadikannya lebih mahal untuk AS meminjam lebih banyak.
"Sebanyak lebih 120 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kos untuk meningkatkan hutang telah mengatasi manfaatnya dalam memacu ekonomi berikutan akan terdapat kurang pembiayaan untuk membiayai pelaburan yang produktif," katanya.
Katanya berdasarkan defisit belanjawan yang tinggi melebihi 6.0 peratus daripada KDNK negara, Jabatan Kecekapan Kerajaan AS menyasarkan untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak US$2 trilion tetapi ini mungkin akan membawa kepada impak yang tidak baik seperti kehilangan pekerjaan dalam sektor awam.
"Walaupun dolar AS dijangka tidak digantikan sebagai mata wang rizab dunia dalam masa terdekat, dominasinya telah berkurangan dalam beberapa tahun ini daripada 70 peratus pada 2001 kepada 58 peratus pada masa ini.
"Hasil bon dijangka kekal tinggi, menunjukkan dolar AS yang kukuh dan ringgit yang rendah pada 2025," menurut PIVB.
Bank pelaburan itu menjangka langkah dasar Trump akan bermula pada suku kedua 2025, memberi kesan kepada perdagangan global dan ekonomi domestik AS pada separuh kedua 2025.
"Dengan pasaran yang berorientasikan perdagangan, kami percaya peluang untuk mengatasi pasaran akan datang daripada pendekatan menyeluruh dan membeli semasa rendah dalam persekitaran premium risiko yang meningkat apabila sebarang pengumuman mengenai langkah-langkah dasar yang tidak menggalakkan boleh mencetuskan reaksi segera dalam pasaran global.
"Kami memilih syarikat yang lebih bergantung kepada pertumbuhan yang dipacu oleh domestik dan kurang pada pasaran eksport," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Keadaan pesawat ringan milik Jazirah Aviation Club yang terhempas ke dalam laut di luar pantai Ras Al Khaimah. - Foto X/@imurpartha Dua ma...
-
Memenuhi permintaan ramai, konsert GenKRU tambah satu hari lagi Bernama 04/01/2025 Kumpulan KRU (dari kiri) Datuk Norman Abdul Halim, Edry ...
-
BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman Bernama 03/01/2025 Kenny menyifatkan tuduhan Megat D Shahriman itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bu...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kemunculan bank digital baharu melonjakkan sektor perbankan global pada 2024 Bernama 08/12/2024 Kemunculan Boost Bank iaitu bank digital tem...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Ammar Alfian dakwa sudah ragut dara Puteri Sarah Liyana PORUMAN 1:19 PTG Hiburan Tiada Komen Ammar Alfian dakwa sudah rag...
-
High Court frees Rosmah of 17 money laundering and tax evasion charges Bernama 19/12/2024 Judge grants an order of acquittal after allowing ...
Blog Archive
-
▼
2025
(195)
-
▼
Jan 2025
(195)
- Pembantu tadika tipu pelaburan tidak wujud RM1 64 ...
- Dua Lelaki Seludup Barang Runcit Bernilai Lebih RM...
- Tindakan pantas anggota bomba berjaya selamatkan l...
- Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji...
- Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
- WTKL Kecoh Lagi, Warga Palestin Mahu Cepat Kembali...
- 80 PATI ditahan Imigresen Selangor
- IMIGRESEN SERBU KLIA - MODUS OPERANDI TERBARU WARG...
- Nahas KM204: Polis temukan rim besi dipercayai mil...
- Brighton & Hove Albion 1-1 Arsenal | 2024/25 Premi...
- KEJADIAN DI KUALA TERENGGANU - TAK SAMPAI 24 JAM D...
- Najib Tidak Akan Kemuka Permohonan Baharu Pengampu...
- New York judge sets sentencing date against Trump ...
- Berhati-hati laman web palsu MDAC - Imigresen
- Tiada kes HMPV dilaporkan di Indonesia
- JENDELA fasa dua dijangka dimulakan tahun ini - Teo
- Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - M...
- Solidariti secara bermusim sangat tidak bermoral -...
- Lagi kucing mati di Universiti Malaya
- Warga Malaysia perlu daftar QR sebelum berlepas di...
- Polis tolak permohonan penganjuran himpunan di Ist...
- PH Selangor lapor polis, adun didakwa fitnah PM
- MCMC turunkan 63,652 kandungan berunsurkan penipua...
- Selangor semak semula garis panduan penganjuran ko...
- Dua maut kereta jatuh gaung
- DALANG SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN IMIGRESEN TUMPAS...
- PM Boleh Dianggap Penderhaka Sekiranya Mahkamah Bu...
- Orang Macam Dr Akmal Ahli UMNO Perlu Naikkan, Turu...
- Tidak Mungkin Nizar Berbohong Atas Nama Al Sultan ...
- Lim tolak pelawaan sertai demo pro-Najib
- 200 peserta berkumpul depan masjid bantah Hannah, Nga
- Semua mangsa nahas pesawat Jeju Air berjaya dikena...
- Atlet paragliding meninggal dunia ketika jalani la...
- Angka korban di Gaza melebihi 45,700 orang selepas...
- APMM temukan dua bot bawa 300 warga asing Myanmar ...
- Imigresen serbu pusat hiburan mewah tawar khidmat ...
- Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang ...
- Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit dar...
- SPRM perkukuh kepakaran siasat rasuah melibatkan m...
- Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal -...
- Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel posit...
- Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga...
- Rakyat ada hak untuk tahu kewujudan Titah Adendum ...
- 53 PATI ditahan imigresen Selangor dalam Ops Kutip
- Kelab malam tawar GRO dengan tip sehingga RM5,000 ...
- Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Naji...
- Saya akan hadir untuk sokongan moral kepada Najib ...
- Anak meninggal dunia ketika teman jenazah ibu
- Pesara Kerajaan Maut Nahas Dua Kenderaan
- Polis siasat kumpulan berpakaian istiadat pasukan ...
- Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah...
- Amaran ribut petir, angin kencang di Sabah, Sarawa...
- JAWI diarah nilai semula SOP keselamatan masjid
- Maritim Malaysia giat kesan PATI Myanmar cuba masu...
- Ejen Sindiket Seludup PATI Direman Tiga Hari
- Pencalonan Shapawi Memang Ada Unsur Rasuah - Megat...
- SUV terbabit kemalangan maut di Jeram disahkan dip...
- Gangguan bekalan air di Port Dickson, Seremban pad...
- Lelaki tempatan ditahan simpan, jual mercun tanpa ...
- Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak...
- APMM pastikan tatakelola di tahap terbaik, lengkap...
- Nahas Jeju Air: Polis serbu Lapangan Terbang Muan ...
- Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia ...
- UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti N...
- Wanita cedera di perut ditikam anak saudara perempuan
- Memenuhi permintaan ramai, konsert GenKRU tambah s...
- Hormat titah Agong, jangan sertai sebarang himpuna...
- Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi RM2.62 ...
- Dakwaan sebar risalah Kristian, tiga individu term...
- Dadah bernilai RM1.08 juta dirampas dalam tiga ser...
- Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara lapan tah...
- Polis buru empat suspek samun pelancong China
- Hati-hati! Port pengecas USB, wi-fi awam berisiko ...
- PM Thailand Paetongtarn isytihar aset bernilai 13....
- Polis kesan aktiviti jual pil ekstasi di premis ko...
- PH tidak terlibat Himpunan Solidariti untuk Najib ...
- Cybertruck driver injured in head before explosion...
- Selisih faham, 'overdose' dadah antara elemen sias...
- Polis Selangor tangguh semua permit konsert berkua...
- Ugut Baby Shima: Pemandu lori didenda RM4,000
- Polis tahan lelaki, rampas syabu, heroin bernilai ...
- KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulk...
- JAWI selesai siasat isu zikir pelik di tanah perku...
- Tiga Geng Atan terlibat kes pecah rumah, curi didakwa
- Lelaki mengamuk guna senjata, lima individu cedera
- JAWI nilai semula SOP keselamatan masjid
- APMM selamatkan harta bernilai lebih RM1.5 bilion ...
- Dua maut, 18 cedera nahas pesawat kecil berdekatan...
- 'Minta ampun, saya janji tak buat lagi'
- Lelaki maut terkena renjatan elektrik sambungan haram
- BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
- Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif -...
- Respon Dr MAZA Terhadap Isu Non Muslim Ceroboh Masjid
- Army soldier rented Cybertruck in Denver, drove to...
- LELAKI BANGLADESH MASUK BILIK GUEST PEREMPUAN TANP...
- BANGLO BERGERAK DARI CHINA, FULL TANK BOLEH JALAN ...
- Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian...
- Polis tumpas kegiatan pengedaran, pemprosesan dada...
- MOT to collaborate with MACC on Puspakom investiga...
- Whole milk and milk fat have no major impact on li...
-
▼
Jan 2025
(195)