Translate

02 January 2025

Bidaan siri nombor plat 'FG' dibuka hingga 6 Jan



Bidaan siri nombor plat 'FG' dibuka hingga 6 Jan

Bernama

02/01/2025


Loke berucap pada Majlis Peluncuran Pejabat Baharu JPJ di sini hari ini.


PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Jan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bidaan berkenaan dibuka melalui sistem JPJeBid.

"Langkah ini bukan sahaja menambah hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi juga membuka peluang untuk pemilikan nombor istimewa," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pejabat Baharu JPJ di sini hari ini.

Terdahulu, Loke merasmikan pejabat JPJ baharu yang merupakan inisiatif penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan berkenaan.

Beliau berkata perasmian pejabat baharu itu juga adalah simbol perubahan, bukan sekadar dari segi infrastruktur tetapi juga tanggungjawab ntuk memastikan perkhidmatan JPJ menjadi lebih cekap, responsif, dan memenuhi kehendak rakyat.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED