Translate

03 January 2025

PM Thailand Paetongtarn isytihar aset bernilai 13.9 bilion baht



PM Thailand Paetongtarn isytihar aset bernilai 13.9 bilion baht

Bernama

03/01/2025


Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan suaminya dilaporkan memiliki kekayaan bersama berjumlah 13.9 bilion baht (100 baht = RM13.05) serta hutang sebanyak 4.4 bilion baht. - Gambar fail/REUTERS


BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan suaminya dilaporkan memiliki kekayaan bersama berjumlah 13.9 bilion baht (100 baht = RM13.05) serta hutang sebanyak 4.4 bilion baht, menurut pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC).

Akhbar harian Inggeris terkemuka Thailand, Bangkok Post melaporkan di platform dalam talian pada Jumaat yang pendedahan aset dan liabiliti oleh NACC, susulan pelantikan Paetongtarn sebagai Perdana Menteri ke-31 pada 6 Sept tahun lalu, termasuk dua rumah di London dan dua lot tanah di wilayah Hokkaido, Jepun.

Menurut laporan itu, aset pasangan tersebut berjumlah 13.99 bilion baht dengan nilai aset Paetongtarn sebanyak 13.84 bilion baht dan aset suaminya Pitaka Suksawat, bernilai 141.11 juta baht. Anak-anak mereka memiliki aset bernilai 500,000 baht.

Sementara itu, jumlah hutang pasangan tersebut adalah 4.44 bilion baht.

Pendedahan itu turut menunjukkan yang Paetongtarn melaporkan pendapatan tahunan sebanyak 265 juta baht, termasuk gaji sebanyak 3.40 juta baht, dividen 259.26 juta baht, faedah 2 juta baht dan sewa 890,000 baht.

Laporan itu juga menyenaraikan pegangan hartanah beliau, termasuk 12 lot tanah dengan tiga di wilayah Pathum Thani bernilai 9.9 juta baht dan dua lot di Hokkaido yang dibeli pada 15 Dis 2019 dengan harga 15 juta baht setiap satu.

Beliau turut memiliki dua hartanah sewa di London, satu bernilai 111.61 juta baht dan satu lagi 208.34 juta baht serta lima unit kondominium di Bangkok, dua rumah di Nonthaburi dan Bangkok serta bangunan komersial di Phetchaburi.

Pada usia 38 tahun, Paetongtarn merupakan perdana menteri termuda Thailand. Beliau adalah anak bongsu kepada Thaksin dan anak saudara kepada bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 2 hrs 14 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 4 hrs 38 mins ago