Translate

03 January 2025

PH tidak terlibat Himpunan Solidariti untuk Najib - Anwar



PH tidak terlibat Himpunan Solidariti untuk Najib - Anwar

Bernama

03/01/2025


Anwar berkata, PH tidak terlibat dalam Himpunan Solidariti menyokong Najib. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dalam Himpunan Solidariti bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan diadakan pada Isnin ini di Istana Kehakiman Putrajaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pakatan Harapan tidak terlibat," kata Pengerusi PH itu secara ringkas ketika ditanya pemberita selepas lawatan dan makan tengah hari di pusat penjaja Lestari Niaga MADANI @ Wirawati di Kampung Pandan, di sini hari ini.

Himpunan terbabit dilaporkan sebagai bentuk sokongan daripada ahli UMNO terhadap Najib yang juga bekas presiden parti itu. Surat arahan daripada PAS turut tular yang menggalakkan ahli parti itu menyertai himpunan berkenaan.

Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Jan ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh bekas perdana menteri itu untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah.

Ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng supaya tidak menyinggung UMNO, Anwar menganggapnya perkara biasa dan tiada masalah dengan penyataan itu.

Lim sebelum ini dilaporkan mengingatkan kepada UMNO bahawa sebarang program bersama parti pembangkang khususnya PAS termasuk dalam himpunan itu akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Australian woman gives birth to wrong couple's bab' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 30 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Angin kencang, ribut petir dijangka landa utara Se' 36 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 46 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Baldwin viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago