Translate
13 January 2025
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Bernama
13/01/2025
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa beliau memulangkan sebahagian wang didakwa sebagai derma yang diterima daripada Raja Arab Saudi kerana Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 telah berakhir. - Gambar fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, bahawa beliau memulangkan sebahagian wang didakwa sebagai derma yang diterima daripada Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah kerana Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013 telah berakhir.
Najib Razak menyatakan di mahkamah bahawa beliau memulangkan US$620 juta kepada Tanore Corporation selepas PRU-13 untuk mengelak salah tafsiran mengenai wang besar dalam akaunnya.
Najib mendakwa wang itu adalah derma dari Raja Abdullah, namun pihak pendakwaan mencadangkan ia sebenarnya dana 1MDB, dengan percanggahan dalam kenyataannya mengenai sumber wang tersebut.
Najib menghadapi 25 pertuduhan berkaitan dana 1MDB dan perbicaraan akan diteruskan.
Saksi pembelaan pertama itu berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Najib berkata beliau telah menulis surat kepada AmBank menyatakan hasratnya untuk memulangkan US$620 juta baki wang tidak digunakan kepada Tanore Corporation Finance, iaitu syarikat yang mendeposit wang derma itu ke dalam akaun AmIslamic beliau, yang berakhir dengan nombor 694.
"Dua sebab kenapa saya pulangkan duit tersebut adalah pertama, kerana pilihan raya (Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013) sudah berakhir. Kedua, saya tidak perlu jumlah wang yang besar dalam akaun saya yang boleh menimbulkan macam-macam tafsiran, jadi saya pulangkan semula kepada pihak yang menyumbang kepada saya.
"Saya telah menulis surat kepada Ambank mengenai pemulangan ini. Saya tidak maklumkan sendiri kepada Tanore, hanya melalui dokumen perbankan sahaja," kata Najib.
Bekas perdana menteri itu berkata demikian ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar semasa memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama ketika membela diri membabitkan tuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ketika ditanya Kamal Baharin, Najib berkata beliau juga tidak memaklumkan secara peribadi kepada Raja Abdullah atau kerabat diraja Arab Saudi, Saud Abdulaziz bin Majid Al Saud berkenaan pemulangan semula wang berjumlah US$620 juta itu.
Najib bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Kamal Baharin bahawa beliau tidak memaklumkan secara peribadi kepada Raja Abdullah kerana tahu duit tersebut tidak datang dari pemimpin itu dan sebenarnya adalah hasil daripada dana 1MDB.
Pada perbicaraan sebelum ini, Najib mendakwa bahawa Raja Abdullah dalam satu pertemuan pada 2010 menjanjikan sokongan kewangan kepadanya dan beliau mendakwa empat surat derma Arab yang dikeluarkan antara 1 Feb 2011 hingga 1 Jun 2014 menjanjikannya derma US$100 juta, US$375 juta, US$800 juta dan GBP50 juta.
Kesemua surat derma itu dialamatkan ke kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur selain menggunakan kepala surat dengan nama Saud Abdulaziz bin Majid Al Saud.
Sementara itu, Kamal Baharin turut membangkitkan isu mengenai percanggahan dalam pernyataan saksi Najib pada perbicaraan kes ini dan SRC International Sdn Bhd antaranya berkenaan tindakan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Kamal Baharin menegaskan dalam perbicaraan SRC, Najib memberi keterangan bahawa empat surat derma Arab tersebut diterima daripada Jho Low dan Jho Low memaklumkan kepadanya bahawa Raja Abdullah akan memberikan derma antara US$100 juta dan US$200 juta.
Bagaimanapun, dalam perbicaraan ini, Najib memberi keterangan bahawa empat surat derma Arab Saudi itu diterima daripada bekas Ketua Setiausaha Sulitnya Allahyarham Datuk Azlin Alias dan Jho Low memaklumkan kepadanya Raja Abdullah akan memberikan derma sebanyak US$1 bilion.
Kamal Baharin: Saya katakan apa yang Datuk Seri nyatakan dalam pernyataan saksi kes SRC adalah berbeza dengan pernyataan saksi Datuk Seri dalam perbicaraan kes ini.
Najib: Secara zahirnya ada perbezaan. Saya akan jelaskan semasa pemeriksaan semula oleh pasukan pembelaan.
Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib untuk membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Najib berhadapan 25 pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan RM2.3 bilion dana 1MDB sebagai rasuah dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
-
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth Bernama 11/01/2025 Program K-Youth yang dilancarkan pada 2023 telah m...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
Blog Archive
-
▼
2025
(635)
-
▼
Jan 2025
(635)
- Singapore World's Most Powerful Passport, As Malay...
- Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
- PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal k...
- Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunu...
- Jakim diarah kerjasama dengan KPDN ambil tindakan ...
- Ombak besar badai rumah, 23 keluarga pindah ke PPS
- Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai ...
- How the wildfires engulfed the Los Angeles area: F...
- Tun Mahathir Usik PM Anwar 'Duit RM3 bilion cari t...
- MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan M...
- Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran huta...
- Bicara kes warga Israel Avitan Shalom ditangguh la...
- Penghantar makanan didenda RM1,800 miliki senapang...
- Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah bera...
- Malaysian among those injured in bomb blast near P...
- Thailand's cabinet approves draft law to legalise ...
- Govt to seek gag order in Najib’s judicial review ...
- Compulsory secondary education policy to be tabled...
- Los Angeles races to contain wildfires before seve...
- AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
- USJT Bukit Aman siasat KJ
- JPJ Sita 21 Kenderaan Perdagangan, Periksa 37 PUSP...
- Suspek Letak Kucing Dalam Guni Telah Diambil Keter...
- Permohonan Tun M Diwakili Peguam Pada Prosiding RC...
- Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampi...
- Suami isteri, bayi terkandas kenderaan terperangka...
- ADA LAGU ADA LAGI Minggu 9, MARKAH PENUH Peserta G...
- Macam Dalam Filem Tengok Apa Berlaku
- Akmal kecam KK Mart jual 'sandwic ham'
- Misteri Kebakaran Berantai Di DUN Kupang
- Kereta Penerbit Filem Musnah Terbakar
- Polis Diminta Siasat Penjualan Sandwic 'Babi'
- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
- Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang ha...
- UFC star Khabib Nurmagomedov escorted off plane af...
- Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringk...
- 10 Man Manchester United Upset Arsenal 5-3 on Pena...
- 28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik
- Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau
- PM Anwar bertemu tokoh ekonomi terkemuka Jeffrey S...
- 8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Mal...
- Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin
- UAE destinasi pertama Anwar bawa misi Malaysia
- Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelabur...
- Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat mala...
- Burgerman, Nikmati Makanan Segera Seratus Peratus ...
- Pemulangan Adendum Ke Istana Cetus Polemik
- KPT sahkan 14 pelajar Malaysia terkesan dengan ins...
- JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singa...
- Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 in...
- Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk ...
- PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta...
- Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu
- 8 ditahan bantu siasatan 9 kes kianat bakar motosi...
- Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
- Havoc Food Festival 2025 44.0: Penganjur Mengaku T...
- Sumbat Kucing Dalam Guni
- Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus...
- Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat peta...
- Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sab...
- Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada ...
- Mrs World 2024: Wakil Malaysia bakal gayakan 'Pute...
- Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ...
- The World’s most (and least) powerful passports in...
- Supreme Court appears inclined to uphold TikTok ba...
- Jeju Air 'black box' data missing from last 4 minu...
- Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur ...
- Pengasuh taska disyaki terlibat kematian bayi empa...
- Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan sen...
- Mel Gibson's message to Newsom: 'Spend less on hai...
- Adendum: Isham Mohon Majlis Raja-Raja Bersidang
- Letupan Kuat Apa Di Seri Kembangan?
- Jangan Seret Majlis Raja-Raja - Hassan
- Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
- Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditip...
- 150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan ...
- Polis sita 60 motosikal Op Samseng Jalanan
- Mangsa di Johor terus meningkat
- Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
- Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau M...
- Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat di...
- Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV ...
- Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak beru...
- Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di ...
- Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kera...
- Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi di...
- Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
- Satu kes baharu mpox dilaporkan di Malaysia
- Baiknya David Teo, sanggup tolong Farid Kamil beli...
- Tauke lori ugut pemandu, syarikat trak tunda untuk...
- Menteri UMNO Sedia Jadi Saksi
- Jangan Sampai Istana Pahang Keluarkan Surat
- Anggota Polis Tergantung Di Rumah Inap
- 44 Individu Rugi RM1.95 Juta, Terpedaya Pelaburan ...
- HATI2 TAKTIK "SCAM" DI LORONG RFID DI PLAZA TOL
- Empat Termasuk Tiga Sekeluarga Maut Dalam Nahas Du...
- PM Bidas Tohmahan Pembangkang
- Proses Daftar Pelepasan Imigresen Di Terminal Satu...
- 'Pergi mana adendum, adendum, dendum, dendum' - Anwar
- Jumlah mangsa terjejas terus meningkat
-
▼
Jan 2025
(635)