Translate

13 January 2025

MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium



MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium

Bernama

13/01/2025


Menurut Loke, SRS Consortium memiliki pengalaman dan kepakaran luas dalam projek ini, di atas keterlibatan mereka sejak awal projek, termasuk kajian teknikal serta dalam mendapatkan kelulusan penting. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp), hari ini menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama (CMC) bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata CMC Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara itu akan menghubungkan Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang-A (PSR-A) ke KOMTAR dengan anggaran jajaran sepanjang 24 kilometer.

"SRS Consortium memiliki pengalaman dan kepakaran luas dalam projek ini, di atas keterlibatan mereka sejak awal projek, termasuk kajian teknikal serta dalam mendapatkan kelulusan penting.

"Proses rundingan perolehan antara MRT Corp dan SRS Consortium yang berlangsung sejak April 2024 telah dijalankan dengan penuh teliti dan menyeluruh," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis permeteraian tersebut, di sini, hari ini.

SRS Consortium merupakan konsortium yang diketuai Gamuda Bhd bersama Loh Phoy Yen Holdings Sdn Bhd dan Ideal Property Development Sdn Bhd yang juga terlibat sebagai Project Delivery Partner (PDP) untuk Penang Transport Master Plan (PTMP).

--BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '17 roads in the capital, Putrajaya closed in conju' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KEJADIAN DAHSYAT LORI REMPOH BANYAK KENDERAAN DI T' 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Dua Lelaki Cedera Diserang Lima Lelaki Bersenjata ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 29 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 37 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BLOOD BROTHERS CETUS FENOMENA RM9.2 JUTA KUTIPAN D' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed '“The Malaysia Airlines We Built” terjual hampir 50' 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fahmi umum bertanding jawatan Majli' 57 mins ago