Kerugian akibat kebakaran di California meningkat kepada AS$275 bilion
Bernama
14/01/2025
Anggaran kerugian akibat kebakaran hutan di California meningkat kepada antara US$250 bilion dan US$275 bilion, menurut AccuWeather. -Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Anggaran kerugian akibat kebakaran hutan yang masih berlanjutan di California meningkat kepada US$275 bilion, menurut perkhidmatan ramalan cuaca AS, AccuWeather pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Anggaran kerugian akibat kebakaran hutan di California meningkat kepada antara US$250 bilion dan US$275 bilion, menurut AccuWeather.
Kebakaran hutan yang tercetus sejak 7 Januari telah memaksa puluhan ribu orang berpindah, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa, dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan.
Seorang individu ditahan oleh Jabatan Polis Los Angeles atas dakwaan melakukan pembakaran yang menyebabkan Kebakaran Kenneth, salah satu kebakaran hutan yang sedang berlaku di California.
Pada Jumaat lalu, Pengurus Perhubungan Awam AccuWeather Bill Wadell berkata anggaran awal kerugian adalah sekitar US$135 bilion hingga US$150 bilion.
"AccuWeather telah mengemas kini dan meningkatkan anggaran awal jumlah kerosakan dan kerugian ekonomi kepada antara US$250 bilion dan US$275 bilion...," kata perkhidmatan itu di platform X.
Beberapa kebakaran hutan tercetus di California sejak 7 Jan, memaksa puluhan ribu orang berpindah, meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan memusnahkan lebih 12,300 bangunan, termasuk rumah milik selebriti.
Seorang individu ditahan Jabatan Polis Los Angeles atas dakwaan melakukan pembakaran yang menyebabkan Kebakaran Kenneth, iaitu antara kejadian kebakaran hutan yang sedang berlaku di California, lapor NewsNation pada Jumaat memetik pegawai penguat kuasa undang-undang.
-- BERNAMA