Translate

13 January 2025

Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin



Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin

Astro Awani

13/01/2025


Kesemua mangsa daripada 1,126 keluarga itu ditempatkan di 38 PPS di lima daerah yang terjejas. - Foto fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor terus meningkat.

Setakat 6 pagi Isnin, sejumlah 4,015 orang mangsa berada di PPS, berbanding 3,939 orang malam tadi.

Murut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 1,126 keluarga itu ditempatkan di 38 PPS di lima daerah yang terjejas.

Kota Tinggi mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,319 mangsa.

Ini diikuti Johor Bahru 797, Kulai 717, Pontian 649 dan Kluang 533 mangsa.

Dalam pada itu, hanya stesen Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 15.62 meter.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED