Translate

20 January 2025

JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar



JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar

Bernama

19/01/2025


Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam. - Foto Facebook JSPT KL


KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.

Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata operasi yang berakhir 1 pagi tadi melibatkan laluan sekitar Jalan Pinang, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang dan Jalan Yap Kwan Seng.

"Tujuan operasi ini dilaksanakan adalah untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang membuat halangan dan parkir di tempat yang tidak dibenarkan sehingga mengganggu pergerakan lalu lintas.

"Tindakan saman telah diambil ke atas kenderaan-kenderaan yang menyalahi peraturan jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang berkunjung ke sekitar ibu kota agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan dilarang mengambil gambar dari dalam kenderaan sehingga mengganggu laluan kenderaan lain.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED