Translate

20 January 2025

Harga Bitcoin melebihi AS$109,000 buat pertama kali dalam sejarah



Harga Bitcoin melebihi AS$109,000 buat pertama kali dalam sejarah

Bernama

20/01/2025


Setakat 0658 GMT, Bitcoin direkodkan pada harga AS$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu. -Gambar fail/Pixabay


MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Setakat 0658 GMT, Bitcoin direkodkan pada harga AS$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu.

Menurut CoinMarketCap, yang purata harga daripada lebih 20 bursa, harga Bitcoin meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada purata AS$107,157.21 dalam tempoh 24 jam lalu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED