Translate
13 January 2025
Bicara kes warga Israel Avitan Shalom ditangguh lagi, pengurusan kes 14 Feb
Bicara kes warga Israel Avitan Shalom ditangguh lagi, pengurusan kes 14 Feb
Bernama
13/01/2025
Perbicaraan kes Avitan Shalom yang didakwa atas pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sekali lagi. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes seorang lelaki warga Israel, Avitan Shalom yang didakwa atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan memperdagangkan enam senjata api di Mahkamah Sesyen ditangguhkan sekali lagi, kerana terdapat pertikaian daripada pihak pembelaan berhubung jurubahasa Ibrani (Hebrew).
Ini adalah kali ketiga perbicaraan ditangguhkan, selepas kali kedua pada Selasa lepas (7 Jan) disebabkan permintaan Avitan untuk mendapatkan jurubahasa Ibrani.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Norina Zainol Abidin bahawa pihak pendakwaan hari ini telah bersedia dengan saksi-saki dalam kes berkenaan, namun tidak membantah penangguhan dikemukakan peguam Jeffrey Ooi yang mewakili Avitan.
"Pihak pendakwaan bersedia. Pihak mahkamah juga telah menyediakan jurubahasa, tetapi ada bantahan daripada pihak peguam terhadap jurubahasa ini dan untuk tidak membuang masa pihak-pihak serta demi kepentingan keadilan, kes ini perlu ditangguhkan pada tarikh yang dicadangkan peguam," kata Mohamad Mustaffa.
Terdahulu, Jeffrey berkata pihak pembelaan memohon penangguhan itu berkaitan jurubahasa berkenaan yang mungkin akan menimbulkan isu.
"Kami mempunyai beberapa isu penting daripada peguam utama, Datuk Naran Singh, dan kami percaya mahkamah telah menerima surat penangguhan daripada Datuk Naran.
"Kami memohon penangguhan ini kerana satu daripada isu utama adalah penterjemah bahasa Ibrani, yang mungkin menjadi masalah," katanya dan memohon agar kes ini ditangguhkan ke 14 Feb.
Hakim Norina kemudian membenarkan penangguhan dan melapangkan tarikh-tarikh perbicaraan serta menetapkan 14 Feb depan untuk pengurusan kes berkenaan.
Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes itu selama 12 hari bermula 6 sehingga 9 Jan, 13 hingga 16 Jan, serta 20 hingga 23 Jan. Perbicaraan kes itu ditangguhkan sebanyak dua kali iaitu pada 6 dan 7 Jan.
Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Avitan, 39, didakwa memiliki sekotak Shell Shock NAS3 9mm mengandungi lapan butir peluru, tiga kotak Bullet Master Co Ltd mengandungi 150 butir peluru dan 42 butir peluru di dalam tiga senjata berlainan tanpa lesen atau permit senjata.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali, jika sabit kesalahan.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di dalam sebuah bilik hotel di Jalan Ampang, di sini antara 6.46 petang pada 26 Mac dan 6 petang pada 28 Mac tahun lepas.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
-
BNM international reserves end 2024 higher at US$116.2 bln y-o-y Bernama 08/01/2025 The central bank's international reserves stood at ...
Popular Posts - Last 30 days
-
Revealing photos of Aussie teens end up on porn site More than 2,000 images of women, including students, have been circulated on the site ...
-
Kerajaan akan pajak lebih banyak gerabak tambah kapasti perkhidmatan kereta api Perlis-JB - Rafizi Bernama 09/01/2025 Rafiziberkata kerajaa...
-
At least 100,000 bodies in Syrian mass grave, US advocacy group head says Reuters 17/12/2024 Abo Khaled, a farmer walks by the site of a ma...
-
Dua guru taska didakwa abai kanak-kanak sehingga maut Bernama 07/01/2025 S. Esther Christina, 60, dan M. Manisah, 35, membuat pengakuan ber...
-
Najib nafi terlibat dalam pembubaran pasukan petugas 1MDB Bernama 07/01/2025 Najib berkata pembubaran pasukan petugas itu tidak memberi kes...
Blog Archive
-
▼
2025
(635)
-
▼
Jan 2025
(635)
- Singapore World's Most Powerful Passport, As Malay...
- Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
- PM Anwar ucap selamat menyambut perayaan Ponggal k...
- Hukuman mati bekas pemandu lori rogol, liwat, bunu...
- Jakim diarah kerjasama dengan KPDN ambil tindakan ...
- Ombak besar badai rumah, 23 keluarga pindah ke PPS
- Kes saman Dzulkefly terhadap Asyraf Wajdi selesai ...
- How the wildfires engulfed the Los Angeles area: F...
- Tun Mahathir Usik PM Anwar 'Duit RM3 bilion cari t...
- MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan M...
- Kebakaran Los Angeles: Angka korban kebakaran huta...
- Bicara kes warga Israel Avitan Shalom ditangguh la...
- Penghantar makanan didenda RM1,800 miliki senapang...
- Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah bera...
- Malaysian among those injured in bomb blast near P...
- Thailand's cabinet approves draft law to legalise ...
- Govt to seek gag order in Najib’s judicial review ...
- Compulsory secondary education policy to be tabled...
- Los Angeles races to contain wildfires before seve...
- AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
- USJT Bukit Aman siasat KJ
- JPJ Sita 21 Kenderaan Perdagangan, Periksa 37 PUSP...
- Suspek Letak Kucing Dalam Guni Telah Diambil Keter...
- Permohonan Tun M Diwakili Peguam Pada Prosiding RC...
- Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampi...
- Suami isteri, bayi terkandas kenderaan terperangka...
- ADA LAGU ADA LAGI Minggu 9, MARKAH PENUH Peserta G...
- Macam Dalam Filem Tengok Apa Berlaku
- Akmal kecam KK Mart jual 'sandwic ham'
- Misteri Kebakaran Berantai Di DUN Kupang
- Kereta Penerbit Filem Musnah Terbakar
- Polis Diminta Siasat Penjualan Sandwic 'Babi'
- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
- Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang ha...
- UFC star Khabib Nurmagomedov escorted off plane af...
- Kepimpinan cemerlang Abang Jo diiktiraf di peringk...
- 10 Man Manchester United Upset Arsenal 5-3 on Pena...
- 28 alami detik cemas bas dinaiki terbalik
- Enam maut dalam kemalangan di Semporna-Tawau
- PM Anwar bertemu tokoh ekonomi terkemuka Jeffrey S...
- 8 kru diselamatkan dari kapal tangki berdaftar Mal...
- Jumlah mangsa di Johor terus meningkat pagi Isnin
- UAE destinasi pertama Anwar bawa misi Malaysia
- Warga emas rugi hampir RM1 juta terperdaya pelabur...
- Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat mala...
- Burgerman, Nikmati Makanan Segera Seratus Peratus ...
- Pemulangan Adendum Ke Istana Cetus Polemik
- KPT sahkan 14 pelajar Malaysia terkesan dengan ins...
- JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singa...
- Polis rampas 137 laras senjata tiruan, tahan 10 in...
- Kerajaan tambah peruntukan RM30 juta khusus untuk ...
- PETRA serah enam projek siap bernilai RM186.1 juta...
- Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu
- 8 ditahan bantu siasatan 9 kes kianat bakar motosi...
- Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
- Havoc Food Festival 2025 44.0: Penganjur Mengaku T...
- Sumbat Kucing Dalam Guni
- Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus...
- Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat peta...
- Gelombang kedua banjir di Johor diramal hingga Sab...
- Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada ...
- Mrs World 2024: Wakil Malaysia bakal gayakan 'Pute...
- Lawatan PM ke UAE pentas uar-uarkan kepengerusian ...
- The World’s most (and least) powerful passports in...
- Supreme Court appears inclined to uphold TikTok ba...
- Jeju Air 'black box' data missing from last 4 minu...
- Orang ramai dinasihat waspada kehadiran ubur-ubur ...
- Pengasuh taska disyaki terlibat kematian bayi empa...
- Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan sen...
- Mel Gibson's message to Newsom: 'Spend less on hai...
- Adendum: Isham Mohon Majlis Raja-Raja Bersidang
- Letupan Kuat Apa Di Seri Kembangan?
- Jangan Seret Majlis Raja-Raja - Hassan
- Kereta terbabas ke kolam takungan banjir, tiga maut
- Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditip...
- 150 pelatih sukarela lapor diri latihan percubaan ...
- Polis sita 60 motosikal Op Samseng Jalanan
- Mangsa di Johor terus meningkat
- Dua lelaki disyaki 'tokan' ditahan
- Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau M...
- Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat di...
- Lima sekeluarga maut kereta bertembung dengan MPV ...
- Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak beru...
- Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di ...
- Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kera...
- Polis mohon bantuan kesan ibu muda bersama bayi di...
- Polis buru pemuda rogol gadis bawah umur hingga hamil
- Satu kes baharu mpox dilaporkan di Malaysia
- Baiknya David Teo, sanggup tolong Farid Kamil beli...
- Tauke lori ugut pemandu, syarikat trak tunda untuk...
- Menteri UMNO Sedia Jadi Saksi
- Jangan Sampai Istana Pahang Keluarkan Surat
- Anggota Polis Tergantung Di Rumah Inap
- 44 Individu Rugi RM1.95 Juta, Terpedaya Pelaburan ...
- HATI2 TAKTIK "SCAM" DI LORONG RFID DI PLAZA TOL
- Empat Termasuk Tiga Sekeluarga Maut Dalam Nahas Du...
- PM Bidas Tohmahan Pembangkang
- Proses Daftar Pelepasan Imigresen Di Terminal Satu...
- 'Pergi mana adendum, adendum, dendum, dendum' - Anwar
- Jumlah mangsa terjejas terus meningkat
-
▼
Jan 2025
(635)