Translate

09 August 2023

Sultan Johor terima menghadap Pengerusi MITRA

Sultan Johor terima menghadap Pengerusi MITRA

Bernama

Ogos 9, 2023 17:13 MYT

Sultan Johor terima menghadap Pengerusi MITRA

Dalam pertemuan itu, baginda dipersembahkan taklimat tentang kerja-kerja yang dilaksanakan MITRA, dalam menambah baik serta membantu isu-isu yang dihadapi masyarakat India di negara ini. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Pengerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Datuk R. Ramanan, di sini hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Dalam pertemuan itu, baginda dipersembahkan taklimat tentang kerja-kerja yang dilaksanakan MITRA, dalam menambah baik serta membantu isu-isu yang dihadapi masyarakat India di negara ini.

Baginda turut memperkenankan kerjasama antara MITRA dan Yayasan Sultanah Rogayah (YSR), bagi membantu yayasan itu dalam menggerakkan usaha serta aktivitinya bagi masyarakat India di negeri Johor.

"Yayasan-yayasan Diraja Johor semuanya di bawah pengawasan saya. Saya mengalu-alukan sesiapa pun yang sudi bekerjasama dengan yayasan ini, untuk membantu Bangsa Johor yang memerlukan," menurut hantaran itu.

Hadir sama Pengerusi YSR Datuk R. Sugumaran.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED