Translate

08 August 2023

PRN: Lebih 15 peratus keluar mengundi awal di enam negeri dan satu PRK setakat 9 pagi



PRN: Lebih 15 peratus keluar mengundi awal di enam negeri dan satu PRK setakat 9 pagi

Bernama

Ogos 8, 2023 10:30 MYT
Anggota Polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam, pada proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri ke-15 hari ini.-

PRN: Lebih 15 peratus keluar mengundi awal di enam negeri dan satu PRK setakat 9 pagi

Anggota Polis mengundi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Shah Alam, pada proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri ke-15 hari ini.- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Peratusan keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 15 peratus setakat 9 pagi ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan merekodkan peratusan tertinggi iaitu 23 peratus, diikuti Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 22 peratus manakala Terengganu, 20 peratus.

Negeri Sembilan pula merekodkan 19 peratus; Selangor 17 peratus manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 16 peratus.



Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka ialah tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED