Translate

19 August 2023

Pelakon Intan Najuwa yang ‘tular’ selepas bernikah dengan usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, dengan hantaran sebanyak RM222,000,





Pelakon Intan Najuwa yang ‘tular’ selepas bernikah dengan usahawan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, dengan hantaran sebanyak RM222,000, pada Jumaat, tidak menduga pertemuan di sebuah kafe pada akhir 2021, membenihkan rasa cinta terhadap suami.




Intan yang bersyukur majlis pernikahan romantis dengan latar belakang panorama samudera di sebuah resort di Desaru Coast, lancar, mengimbau kenangan diperkenalkan kepada Ahmad Azraf, ketika menikmati secangkir kopi di sebuah kafe bersama teman yang juga rakan suaminya itu.




Semalam, dalam suasana romantis, Intan atau nama penuh, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, sah bergelar isteri Ahmad Azraf.




Pasangan mempelai dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut pada jam 6.45 petang, dengan sekali lafaz.




Intan lega bergelar isteri kepada Ahmad Azraf. Lantas, sebaik akad dilafazkan, dia sebak kerana akhirnya bertemu jejaka yang boleh membimbing dan menjaganya.




Katanya, dia akur dengan nasihat orang-orang tua untuk merahsiakan perhubungan biarpun sudah dirisik atau bertunang.


 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED